24 April 2011

360 Hotel Kuching

11 April 2011 aku ke Kuching. Bukan ngempen pilihanraya. Ada meeting. Patut kat Lawas, tapi mungkin sibuk pilihanraya Sarawak, susah nak dpt tiket ke Lawas.

 

Hotel last minit minta tolong orang kat Kuching bookkan utk aku. Diorang book 360Hotel. Dari airport kuching aku amik cab. Driver cab tnya gak, 360Xpress atau 360Hotel? Ada 2 hotel berbeza ghupanya. Atas sebab trtentu, aku ckap 360Xpress. Sampai sana, suda salah hotel ler. Trpaksa amik cab lain utk ke 360Hotel.


360Hotel ni terpinggir skit dari waterfront. Walaupun podium ada shopping complex, tapi aku smpai situ dlm pkul 10 lebih. Semua kedai kawasan sekitar da tutup. Boring nyer...Kalu kat waterfront tu ada ler gak aktiviti....

Laluan ke bilik

360Hotel ada dua tower. Bilik aku kat tower A, baru siap. Yg semenarnya tak totally siap lagi. Mungkin diorg tengah wat kerja2 interior n touch up. Mungkin gak aku org pertama yg tido bilik tu. Bilik aku tingkat 11. Walaupun tak brapa siap lagi, tapi dapat tengok interior design dia ala-ala new wave funky style, boutique hotel. Design simple, informal dan bright and colourful. Tag phrase hotel ni pun urban resort. Sesuai ler....

Katil king saiz mmg rasa macam raja, tapi raja bujang ler masa tu. Yang best bantal empuk saiz dia panjang skit dari saiz bantal biasa dan ada 4 biji. Sampai puas bole tetukar bantal setiap beberapa minit. Tu tak campur bantal2 kecik. Selain utk hiasan, aku sokong gak ada bantal kecik2 ni, bole guna wat lapik bawah .... Dalam situasi tertentu.


 
 
Aku suka gak cara perletakan study table dn study lamp. Sesambil dok kat kerusi study tu, bole tengok tv sekali. 
 
Lazy chair sebelah katil pun aku suka psal design dia unik dan unconventional. High back, high arm rest dan selesa.




 
 
  
Kemudahan dlm bilik banyak. Safety box, iron, ironing board, internet cable, mini fridge, hair dryer, kettle, kemudahan bancuh air, air mineral, lcd tv ngan beberapa channel astro terpilih etc. 




 
 Dlm bilik air ada sabun, shampoo, shower bath, cotton bud dan shower cap. Shower dia pun besar puas hati mandi. Tambah2 kalu mandi wajib.... Kejap jer bole settle. Huhuhu.

Yang menarik, vanity mirror dia bentuk bulat. Ada gak cermin muka yg boleh enlarge imej. Ngeri gak aku tengok dlm cermin ni bila nampak jelas dan membesar abis semua jerawat, white head, black head kat muka ni. Ahakss...

 
 Suis2 dalam bilik pun stylish.....

Sebabkan tower tempat aku stay tu tak siap lagi, jadi breakfast terpaksa kat tower lagi satu. Tempat makan tu kat tingkat 18 overview bandar Kuching ke arah sungai. Buffet breakfast dia small scale n bebiasa jer. Tada yg spesel.

 view dari tower hotel

  
view dari bilik aku

Aku memang suka bilik kat hotel ni. Mungkin sebab hotel ni baru, jadi semuanya segar dan menarik. Frust skit psal takleh spend masa lebih skit. Awal pagi aku dah check out utk ke meeting. Dah ler check in lambat.

3 ulasan:

  1. ada kamera tersembunyi tak bilik ni...??

    BalasPadam
  2. saruman.
    tak sempat nak hunting..... kat airport kuching try tengok gak... tapi hampa....

    cowboy
    adoyai..... lupa nak check lerr..... abiss ler akuuu...... huhuhuh

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...