29 Disember 2011

Traders Hotel Penang

Hari tu ada meeting kat taiping, keesokkannyer plak kat penang. Jadi aku decide utk pegi guna kreta projek. Lpas settle meeting kat taiping, terus shoot ke penang.

Sampai lewat petang. Round2 cari makan. Macam biasa Sarip nasi kandar ler target. Huhuhu…tapi masa smpai tu tak bukak lagi. Pastu decide pegi medan suri kt sg nibong. Sesambil beli jeruk, jejenguk tempat makan zaman belajar kat penang dulu. Port dating tuuu… byk nostalgia. Ada yg dlm keadaan yang sama walaupun dah lebih 10 tahun berlalu.

Lpas beli bungkus nasi kandar sarip, pegi Traders Hotel utk check in. Sebab meeting aku esok pagi kat KOMTAR. Kira walking distance. Tu yg pilih Traders.

Bole kata highclass gak ler hotel ni bagi aku. Sibaik bole guna government rate n yg paling penting bole claim balik nanti. Huhuhu. Bilik dapat tingkat 15, view bandar lama georgetown.

Facilities dalam bilik memang lengkap. Malah lelebih pun bole kata. Selain mender2 yg biasa dlm hotel, ada gak lampu suluh, robe, weighting scale, jam loceng classic style yg bagi aku unik gak. etc. Mini bar n mini fridge pun penuh.

Interior design pun ada classic temporary feelings dgn timber strip touch sesikit disulami ngan cermin sebagai special feature interior bilik nih. Scheme colour pun natural light brown n beige utk bagi feel executive.






























posted from Bloggeroid

24 Disember 2011

Happy Birthday Nylea and belated Birthday to Wina

22 Disember 2011 lpas adalah birthday Nylea yang kedua (eh… 2 tahun pd 22hb…). 8 Disember plak birthday Wina yang ke 8 (eh…8 tahun pd 8hb… waaa, kebetulan berganda). Tak buat celebration yang meriah pun (sep bajet :P). Takat beli hadiah jer untuk diorang.

Untuk Wina tontong duit ngan nenek, uncle ijat & uncle BJ belikan dia kamera (amboi… ramainyer tontong). Dah lama dia mintak. Special request Wina nak kamera tu warna pink. Huhuhu girl-girl, biasa aaa… tapi bagi aku, selain warna pink, alang2 tu beli ler yg specs ok, gambar chantek ler skit, bole tumpang guna. Lepas survey2 kamera pink n harga ikut bajet, wat shortlist, comparekan plak dalam www.snapsort.com. Last2 diputuskan utk amik Canon IXUS 115HW. Selain pink n bajet, antara feature yg buat aku pilih kamera ni aperture 2.8, CMOS sensor & lens image stabiliser. Citer panjang psal kamera ni, takder plak gambar nak tunjuk. Macam biasa, lenkali lah upload.

Nylea plak semenarnyer takda idea nak beli apa. Pada hari berdey dia, abis kerja gi beli kek aiskrim kat kdai dedekat umah. Kek tu combine sekali ngan nama Wina. Pastu balik umah amik diorang utk bawak ke KL Festival gi beli baju n kelengkapan utk sekolah. Kek tadi sesorok suh kak mawar diorang wat naik.

Masa dok sibuk pilih barang utk Nabil & Wina, Nylea pun sibuk. Dia pilih beg Pink Minnie Mouse kecik kiut. Oh…Ok ler, beli utk dia jadi hadiah berdey dia dari aku.

Gambar2 bawah ni pada hari genapnya Nylea 2 tahun kat KL Festival.











Balik dari KL Festival kononnya nak surprisekan diorang dgn kek aiskrim. Tapi sebabkan Wina kuat betul tahap suspicious dia, cuba sedaya upaya utk kantoikan kalu ada apa2 surprise. Dan dia berjaya. Macam biasa, Nabil tetap blur ngan surprise tu. Huhuhu. Pastu suhNylea bukak berdey2 present ygdia dapat advance dari nenek n uncle2 dia. Gambar2 dgn kek N present semua guna kamera Wina. Tak sempat nak transfer lagi. Macam biasa, lenkali ler upload.

Cepat betul masa berlalu. Nylea walaupun masih kiut tapi dah tak baby sangat. Camna pun umur 2 tahun, tapi Nylea bole kategori tak bole cakap lagi. Takat Nak, Taknak, Baba, Kakak… ajer. Tak kesah Nia, slow and steady… do it at your own pace. Baba love You…Nia n Wina. Be a good girl both of you…
posted from Bloggeroid

21 Disember 2011

Penang Short Visit 20-21 Dec 2011

Atas urusan kerja, aku kena pegi penang. Kebetulan plak sehari sebelum tu ada meeting lain kat taiping. Jadi decide utk ke penang dgn kreta. Bukan senang dpt peluang ke penang dgn kereta ni, langkah panjang sikit.

Camna pun just nak share sesikit gamba2 pkai henpon jer…


On the bridge


From 15th floor of traders hotel


Another view from traders hotel

Yang bawah2 ni view georgetown dari tingkat 57 komtar






Jambatan penang dari komtar



posted from Bloggeroid

16 Disember 2011

Tomica Limited _ Nissan Sileighty RPS13

Jumpa Nissan Sileighty RPS13 ni kat SOGO.

Memula jumpa konpius gak. Psal muka depan Nissan Silvia S13 tapi belakang Nissan 180sx. Memang tau wujud combination muka Silvia ngan bontot 180sx dikeluarkan oleh kilang Nissan secara limited, cuma aku konpius, takkan TL buat mainan kereta yang rare? Takpa laa…beli dulu.

Bila bukak, tengok kat bawah memang Sileighty. Wow. Rare nih. Kalau kereta betul laaa… yg TL ni aku tak pasti plak rare ke tak? huhuhu…

Sileighty ni semenarnya gabungan nama silvia dan 80 dr 180sx pasal kacukan kedua2 kereta. Asalnya modder2 jepun modified kereta diorg seniri. Pastu Nissan tau mender hot masa tu, jadi diorg decide utk factory production kereta ni secara limited.

Malahan trend kacuk2 kereta dgn code model 'S' ni mmg trend yg biasa. Kalu muka 180sx kacuk ngan bontot silvia S13 , diorg panggil Onevia. Sekang kacuk muka S15 dgn bontot 180sx pun da biasa. Diorg panggil 15-80.

Layan gambar lerrr…























* Alahai.... terbalik abis gambor dalam ni.... masa post ikut henpon ok jerrr..... takpa lerr.... adjust kendian laaa.... sementara ni sapa nak tengok pepandai ler trbalikkan monitor atau telengkan kepala... huhuhuh
posted from Bloggeroid

15 Disember 2011

Jeruk Madu Pak Ali Penang

Sebelum ni pernah ceghita psal jeruk nasir kat chowrasta market penang. Haaaa… ni alternatif produk jeruk bumiputera muslim siap ada chop halal JAKIM lagi kalu nak beli jeruk kat penang.

Tempat jual jeruk ni kat medan suri, sg nibong. Nak cari mcm senang gak ler. Satu deret ngan balai polis sg nibong drive ke arah tapak pesta, nanti ada medan selera sebelum trafik lite. Kat medan selera tu laaa ada kedai jeruk madu pak ali ni.



Aku mula perasan jeruk pak ali masa meeting kat penang reramai bulan oktober aritu. Sejak tu aku tertarik. Psal ikut ceghita, jeruk ni spesel sikit tak sama mcm jeruk2 lain. Jeruk ni guna gula pasir berbanding ibu gula kalu jeruk lain. Selain tu diorg guna air tapis yg dimasak dan guna cuka epal. Sebabtu, air jeruk ni bole minum macam jus dan tak sebabkan batuk. Kalu jeruk lain, hirup air dia siap ler terbatuk2kan?

Tadi aku ke Penang balik hari. Ada sikit masa trluang, singgah kejap utk beli buah tangan.


Ternampak bekas jeruk ni… wow… 1st time tengok nih


Apa lagi… cuba ler…setengah kilo


Iniler hasil2 dari jeruk pak ali… jenuh nk ngangkut naik flight… 5kg tuuu… ahakssss


Jangan tak sangka wujud jeruk nangka..... pelikkan... aku pun 1st time....



Wokey laaa…
posted from Bloggeroid

14 Disember 2011

Tomica Limited_ Nissan Skyline 2000 RS Turbo


Jumpa kereta ni JJ Wangsa Maju bersama sebiji lagi TL Nissan.... akan dipaparkan nanti pada entry yang lain.

Sapa tak kenal Nissan Skyline... legend. Tapi yang ni mungkin orang tak ramai kenal... psal Skyline lama. Skyline ni gunakan code R30.... Skyline pertama yang gunakan huruf 'R' pada code model yang sebelum tu guna code model ngan huruf 'C'. Lepas R30 ni keluarlah model Skyline R31, R32, R33 dan R34, sampailah R35 sekarang ni yang digugurkan nama Skyline, tinggal GT-R sahaja.

Berbalik pada R30 ni, production nya bermula dari 1981 hingga 1985 terdiri dari jenis sedan, coupe, hatchback & wagon. Dari segi enjin plak, pun memacam. Dari 1.8liter 4-cylinder Z18S, 2.0liter SOHC 6-cylinder turbo L20ET dan 6-cylinder LD28 diesel. Pada penghujung 1981, Nissan memperkenalkan enjin baru pada Skyline ini iaitu 2.0liter 4-cylinder 16-valve DOHC FJ20E. Ikut wikipedia ada 26 jenis variant Skyline R30 ni keluarkan sepanjang production. 

TL yang aku dapat ni adalah variant Skyline R30 yang telah facelift dengan code DR30 dikuasakan dengan FJ20ET, enjin 2.0liter 4 silinder berkuasa turbo. Peminat kereta kat jepun pun ada nama glamer untuk Skyline ni... diorang panggil Tekkamen atau Iron Mask sebab ghupa muka depan dier yang konon nyer macam topeng besi lerr....

Ok laaa..... da panjang bercerita..... tengok gambar alakadar ni plak.....








Pintu boleh dibuka

Detail... terutama tang sticker/decal/badge pada body... halus.....





Gambar kereta semenar dari wikipedia... tapi bezanya yang ni 4 pintu


posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...