09 Disember 2010

Makan, Makan & Melantak di Penang

Ada kaitan dengan entry ni.

Dalam pkul 11 pagi lepas aku round2 kat 1st Avenue & Prangin Mall, Mizar, Member Nismoclub Penang Datang amik aku. Bawak Nissan Presage IMPUL tu, dapat gak merasa naik Presage Mizar. Dia ajak aku lunch something yang simple tapi best. Apa yerk?

Mizar bawak aku seberang jambatan ke Seberang Perai, kawasan kekilang banyak. Cecelah tu ada plak kedai kayu yang nampak selekeh, tak presentable. Tapi ikut kata Mizar, tempat ni hotspot & pack kalu datang lambat skit. Makanan nyer simple ajer, nasi berlaukkan ikan bawal goreng. Yer... itu jerrr...... mmg simple tapi jangan tak percaya aku tambah 1 lagi pinggan nasi. Jarang aku makan bertambah *betuuullll..... Ada ler lauk2 sampingan lain, tapi pilihan yg terhad. Aku amik bergedil seketoi. Nasi plak letak kuah kari & sambal belacan. Pastu ulamkan timun fresh. Apa yang best nyer....?? haaa..... ikan bawal tu, fresh & hanya akan digoreng kalau kita order. Pepanas berasap ikan tu akan dihidangkan. Itu sebenarnya rahsia yang tak berapa nak rahsianya......



Nampak macam tak sedapkan? Tapi sebenarnya sedap!!

Selain tu, diorang yang datang makan tu suka gak makan ngan kicap kipas udang manis. Merata2 botol kicap tu dipas-paskan macam bola sepak. Betul ler kata Mizar, tetengah dok cubit2 lepas isi ikan yang panas berasap tu, orang entah datang dari mana tetiba jer penuh bawah atap zink berkarat tu.... giler laaa....... ahaksss....

Lepas semayang jumaat kat Seberang Perai tu, aku mintak Mizar hantar aku kat Queensbay Mall, nak sambung carik mainan. Dia kena masuk kerja balik. Dalam 4.30pm aku sms kat Pow plak, member Matriks USM dulu, yang sekang ni dok keje dalam USM gak. Dengan chargass dia call aku, bagitau nak amik aku bawak gi makan. Haaa..... .makan lagi? belasah jer lerr.....

Pow bawak aku ke sini, dekat Bukit Jambul.

Aku pernah makan kat sini satu masa dulu. Memang masa makan tu rasa sedap. Jadi memang tepat lah keputusan Pow nak bawak aku makan kat sini, walaupun awal nya aku request tuk makan kat Sarip Gelugor.


Nasi aku, lauk ayam goreng panas rangup, telur sotong goreng & sayur kobis.


Close up skit. Kat hujung sana Pow nyer nasik.

Makan nyer makan, aku rasa macam kurengs ler plak kali ni. macam tak kena jer. Harap ayam tu jer panas baru goreng. Lenlain serba tak kena. Telur sotong goreng tu paling potong stim ler.... over cooked !! atau lauk tak abis semalam, dia goreng balik. Keras, tawar, liat...yuksss.... Macam kayu! * kena ler ngan nama restoren ni.... huhuhu. Campuran kuah dia pun macam tak cukup sifat. Tapi bila Pow tanya " Camner...?", aku jawab dengan penuh hipokrit "best... best... best" * tiga kali best tuh...!! ahaksss...... Tapi yang paling tak best, harga nasik aku... Seingat aku RM10.50. Gilerrr apa? Dah ler telur sotong recycle diorang bagi, charge memahal plak. Lantak ko ler kayu. Tapi aku tetap berterima kasih kat Pow sebab bawak aku makan petang tu.........

Lpas makan ngan Pow, dia cadangkan aku lepak Shariff Nasi Kandar Gelugor *atau nama manja Sarip ngan Najmi plak, jgak member matriks USM yang sekang jadi lecturer kat USM. Pow antar aku kat depan opis Najmi. Pegi Gelugor ngan Najmi. Sampai sana dalam pkul 6 lebih. Kalu dedulu orang dah beratur panjang giler. Tapi tak panjang plak kali ni. Aku pun beratur ler sengsorang. Najmi tamau makan psal dia kata bini dier dah termasak. Dia takper ler, bebila bole datang makan Sarip ni.

Tapi masalahnya aku pun baru lepas makan ngan Pow tak sampai sejam. Mana nak sumbat? Tapi psal Sarip ni makanan ruji kitorang masa belajar kat USM dulu, aku terpaksa beli gak. Aku bungkus. Lauk feberet ayam kapitan, telur goreng dadar, kobis & kepala sotong. Kalu nak ikutkan feberet lauk aku dedulu, telur sotong. Tapi sekang Sarip dah discontinue jual tolong sotong. Sedih gak aku...... huuuuuu ...... Beli air & lepak borak ngan Najmi. * tetiber jer, takda penanda wacana....boleh?

Antara lain, Najmi cerita perkembangan Sarip ni sepanjang 10 tahun kitorang grad & tinggalkan Penang. Student USM sekang dah tak pegi Gelugor untuk makan. Diorang lebih prefer Sg Dua & Bukit Gambir. Tambahan plak, student dah tak bebas bawak motor dlm kampus. Diorang nak datang Gelugor pun susah. Psal tu Sarip tak sesibuk dan beratur panjang berbanding dulu.

Mengimbau balik kira2 15 tahun lepas, aku pun takder hati nak makan kat Sarip ni. Housemate aku kat Desa Riang tu bersungguh2 makan Sarip. Bole kata tiap2 malam. Aku pun heran gak memula tu. Satu malam tu aku malas nak keluar beli makan. Bebudak tu nak keluar ke Sarip, mana lagi. Aku ngan beratnya terpaksa pesan bungkus ngan diorang. Tu lah pengenalan pertama aku ngan Sarip nih. Bila terkena terus melekat sampai sekang... dah nak dekat 15 tahun dah...... Kalu sampai ke Penang sebolehnya tak lepas peluang ke Gelugor untuk pekena Sarip.

Lepas borak & minum ngan Najmi, aku pun mintak Najmi hantar aku balik kat QBM. Ye ler, nak buat apa lagi nak tunggu flight pkul 10 mlm? Najmi pun baik hati bawak aku round dalam USM tengok perbezaan2 yang dah berlaku. Memang banyak berubah. Masa on the way nak ke QBM, Jamil plak SMS bagitau dia nak dekat sampai Penang. Dia dari KL, ada meeting pagi tu. Jamil ajak aku lepak pekena Sarip gak!!! hahahaha..... Sarip nyer psal takder masalah!! ahaksss......

Ubah plan, aku suruh Najmi tinggalkan aku kat Masjid Sg Dua. Bole aku semayang sementara tunggu Jamil sampai. Jamil plak... opsss..... Ar. Jamil plak pernah janji nak belanja aku sempena baru lulus Part III. Dia jemput depan gate Sg Dua, bawak gi Gelugor. Deja Vu jer rasa... ahakss.... Tapi aku tak bagitau dier yang aku dah pun sampai kat Sarip ni tak sampai sejam lepas & dalam beg aku dah ada 1 bungkus nasi Sarip!! huhuhuhu.... Aku pun beratur balik ngan Ar. Jamil. Kali ni aku terpaksa makan gak. Nak jaga hati Ar. Jamil. Aku mintak nasi separuh pasal kenyang lagi makan ngan Pow tadi. Kali ni aku amik lauk Kambing Roast. Baru nih..... Memang best!!!

Makan slow2... beborak2 ngan Ar. Jamil, tanya pengalaman dier amik Part III & mintak tips2, usha awek chun & power depan meja kitorang, sesambil kutuk boypren dier yang selekeh, berangan awek tu jadi awek memasing... bla.. bla.... Ar. Jamil pun antar aku kat airport. Kat Airport Jamil belanja aku minum kopibin plak.... belasah lagiiii........

Masjid USM kat Sg Dua, pot aku lelepak masa belajar dulu...... huhuhuhu.....

Dalam Air Asia tu plak dapat Nasi Ayam lagi... adoyai... murah btul rezeki arini. Aku suruh pramugari yang cute tu bungkuskan ajer untuk aku.......

Mekasih Mizar Nismoclub Penang, Pow, Najmi & Jamil....... Tanpa korang mesti aku kelaparan di Penang.... ahaksss....... Ops....! Pramugari Air Asia yg bungkus Nasi Ayam tu pun mekasih gak......

4 ulasan:

  1. panjang giler entry ni.... terlebih rajin ler plak.....

    BalasPadam
  2. hunting nyer crita dah post sebelum ni kat "Penang's haul....."

    tara baca kaa.....??

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...