26 September 2014

Berkampung Di Cork :: University College Cork UCC


Dalam flight memang tido jer... Sedar2 dah smpai Cork. Masa smpai tu dah 9.30 malam dan hujan. Sejuk lain macam. Aku kena pkai glove. Kat sini ijat dah tunggu. Terus gi kat kaunter sewa keta yg kitorg dah bayar utk sewa 6 hari. Minah kat kaunter tu kata dia bg free upgrade. Asal kitorg book ford mender tah. Dia kasi Skoda Superb diesel manual transmission. Ok lah gak... Diesel jimat sikit. Tapi kena tambah plak bayar deposit n insurans apa semua, adeh... Lari bajet ni. Terpaksa swipe credit card. Aku ngan ijat selaku pemandu berdaftar gi parking lot utk amik 2 keta. Airport Cork masa tu da lengang.

Cerita psal Skoda Superb nanti aku post lain lah....

River Lee, sungai kat pintu masuk UCC dari Western Road

16 September 2014

Welly NEX :: Nissan GT-R R35

Aritu gi jenjalan KL Festival... singgah kat Parkson. Selalu kat bahagian toys takda mender yang menarik. Tapi aritu tah camna, jumpa 3 ketul Nissan yang menarik.... 2 ketul GT-R dan 1 ketul Silvia S15. Pastu ada sale plak tu 20% diskaun. Apa lagi... angkut jer lah. Lagi pun bukan senang nak jumpa Silvia S15 on shelve sekang.

GT-R R35 NEX, S15 Maxi-Tuner
posting kali ni GT-R jer... S15 posting lenkali

15 September 2014

Art of Speed Asia 2014 :: European Cars



Siaran tertunda ni... event dah lama berlalu... gambar tak abis up lagi... post gambar jerr...

EUROPEAN CARS

PORSCHE


RWB registered kat Malaysia

14 September 2014

Me'nate Steak House Ampang

Aritu ada event Merdekaraya NISMOCLUB kat Tapah Perak. Car pool dengan Benjy. Dalam perjalanan balik dok borak-borak. Antara yang dibincangkan atau lebih sesuai dikondemkan oleh benjy adalah BBQ kambing yang dihidangkan kat event tu. Huhuhu... Katanya kambing tu tak best lah.. manis sangatla....hangus lah... Tapi abis jer kambing BBQ tu tadi. huhuhu. Menurut beliau, BBQ tak sepatutnya gunakan madu atau gula sebagai perencah peram. OMG!!! biar betul...?? selama ni aku selalu guna madu. Katanya madu atau gula sebabkan BBQ tu senang hangus, kat luar hitam... dalam belum masak. Hmmmm..... ada benar juga kata2 beliau itu. Patutlah BBQ yang aku buat selama ni hangus...!!! ahaksss.....

Bahagian depan restoren
Dia pun ceghitalah camna kalu dia yang buat resepi BBQ tu. Aku layankan ajer, tamau ngantuk drive keta dier. Tak berapa ingat dah resepi2 yang dia kongsikan. Pastu keluar plak topik yang dia tau 1 tempat western food yang gempak... yang mesti dicuba. Masakan steak kat tempat ni adalah perfect kata benjy. Biar betull.....?? (berapa banyak biar betull dah...?)

13 September 2014

Art of Speed Asia 2014 :: Japanese Cars


Siaran tertunda ni... event dah lama berlalu... gambar tak abis up lagi... sama cam custom bike, post gambar jerr...

JAPANESE CAR


keta ni bole kata complete semua art culture in automotive... karat, stickerboom, bosozoku

01 September 2014

Art of Speed Asia 2014 :: Custom Bike

Sambungan dari Art of Speed Asia 2014 :: Street Cub

Siaran tertunda ni... event dah lama berlalu... gambar tak abis up lagi....

CUSTOM BIKE







Tahun ni nampak penambahan penyertaan yang agak ketara kategori custom bike ni. Penyertaannya plak bukan calang2. Peningkatan dari segi kualiti idea design dan craftmanship yang ditunjukkan. 

03 Ogos 2014

Roasted Lamb with Honey, Mint & Corriander / Kambing BBQ

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H... Maaf Zahir & Batin!!! (amik kesempatan buat ucapan sikit)

Memang agak tidak sesuai gitu posting resepi kambing BBQ masa musim2 raya aidilfitri ni... Tapi suka hati aku lah... ahaksss... Eh... mana ler tau ada yang nak hidang utk tetamu yang datang beraya... tak salah kan? Cerita aku buat BBQ kambing ni pun masa bulan posa lepas... tak sempat nak upload jer... layan....
.
.
.
.
.
Kali ni aku nak share risipi-sipi kambing bakar baeknyerr...Taraf2 masterchef lah... Resepi ni diperturunkan kepada aku oleh sedara Mizar AKA Mamu. Sebelum2 ni kitorg selalu buat kambing bakar black paper honey (kertas itam madu). Kali ni lain... Kali ni aku namakan kambing bakar mint corriender honey (pudina ketumbar madu)... (atau tunggang terbalik antara madu, ketumbar & pudina) Wow... Panjang nama dah macam resepi plak.



01 Ogos 2014

17 Julai 2014

Peringatan Menghadapi Ramadan

Menuju 10 malam terakhir Ramadan... Patutnya up post ni 2-3 minggu sebelum Ramadan... bole buat persiapan rohani dan mental. Well... better late then never. Aku up jugak lah... bole guna wat rujukan untuk hadapi Ramadan tahun depan plak.... Itu pun kalu masih diberi peluang dan dipanjangkan umur untuk bertemu lagi Ramadan yang indah dan penuh rahmat ni tahun depan.

Semenarnya posting ni, adalah himpunan video-video peringatan berkaitan Ramadan yang dapat dari youtube. Jadi senang untuk dibuat rujukan lenkali. Aku bukan alim pun... lebih kepada rujukan aku sendiri jer ni... Tapi kalau ada orang lain yang bole amik pengajaran dari posting ni... kira Alhamdulillah....

Seperti yang kita semua patut tahu, (macam aku, sering terlupa... kena diingatkan selalu) Ramadan adalah bulan special penuh berkat, penuh rahmat, pelbagai ganjaran telah dijanjikan oleh ALLAH SWT kepada hambaNya, sekiranya hambaNya mencari berkat, rahmat dan ganjaran tu. Macam senang jer kan? Yep, senang kalau kita sedar kelebihan tu dan kita mau rebut peluang tu. Betapa pemurahnya Allah SWT kepada hamba-hambaNya. 

Selama 11 bulan, kita bergelumang dengan kehidupan yang penuh dengan cabaran, dugaan dan pancaroba (fuuuhhh.... pancaroba kau...), 1 bulan istimewa disediakan kepada kita untuk reset balik perbuatan kita selama 11 bulan tu... tengok balik, adakah perjalanan kehidupan kita selama tu, berlandaskan syariat yang telah ditentukan? Selama sebulan, Ramadan kita dituntut untuk mengerjakan ibadat puasa, disamping ibadat-ibadat sampingan yang lain, untuk mencari keredhaan Allah SWT. Macam latihan kepada jasad dan jiwa kita untuk menghadapi 11 bulan yang akan datang. Sedangkan dibulan Ramadan, kita tidak boleh membuat perkara yang halal iaitu makan/minum, keluar dari Ramadan takkan tak boleh halang diri dari membuat perkara yang haram? Keluar dari Ramadan, kita sepatutnya suci... Selain itu, Ramadan juga menyemarakkan semangat ambil berat dan memberi kepada orang lain dengan bersedekah.



Video kat atas ni antara lain nya menyatakan, pada Ramadhan, masa yang paling sesuai untuk kita berubah menjadi yang lebih baik.  Tidak perlu perubahan yang besar dan mendadak. Seperti yang tertulis dalam ayat 7 Surah Zalzalah, kebaikan sebesar zarah pun akan diambil kira nanti. Perubahan bole berlaku dengan perkara2 dan langkah yang kecil. Buat benda baik sebanyak yang mungkin, walaupun perkara2 yang kecil macam senyum, berhubung silaturahim, tolong menolong, ingat mengingati. Perubahan yang berlaku pada kita, bukan untuk tunjuk pada orang. Tapi untuk menjaga hubungan dengan manusia dan yang paling penting adalah menjaga hubungan kita dengan Allah SWT.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...