08 September 2011

KL Tower :: 24 Julai 2011

Susulan dari posting ni.

Da alang2 sampai KL Tower, pusing2 ler bawak bebudak jalan. Teringin gak naik sampai atas..... tapi takder budget. Lenkali lah..... Jadi jalan kat bebawah jerr..... Surprise gak, banyak mender kat bawak nih.....

Layan gambor jer lah... jom....


Replika rumah2 malaysia

Telefon2 public lama dipamerkan. sekang ni macam dah pupus publik phone kan?

Nabil & Wina posing sebelah sculpture

Iguana pun ada.....




Kat situ gak ada disediakan permainan2 rakyat boleh dimainkan. Antaranya yang wina tengah cuba ni, terompah  tempurung kelapa rasanya.....

Wina tunjuk Nylea cara yang salah main rebana.... huhuhu

Wina & Nylea main rebana

Depan pintu masuk salah sebuah rumah.....

yang ni replica rumah serwak tak silap aku......

07 September 2011

Terbanyak dan Termahal setakat ni dari HLJ



Dalam masa sebulan dua ni, 3-4 kali shipping dari HLJ diterima. Yang terbanyak dan termahal bagi aku setakat ni adalah shipping yang terkini nih. Shipping tontong reramai, utk jimatkan sikit kos penghantaran. Dapat bebetul sblm raya. Timakasih kepada watak utama order menan dari HLJ, En. Sarum.

Dalam senarai:
1. Takara Tomy ChoroQ Nissan Elgrand
2. Jada Datsun 510
3. Tamiya Masterwork Collection Motul Pitwork Z 2004

Sibaik da takder mender menaraik dlm HLJ. Bole ler stop order kjap. Gambar detail update kendian yerk…
posted from Bloggeroid

06 September 2011

Durian & KL Tower :: 24 Julai 2011

Sebelum puasa lagi kejadian ni, 24 Julai 2011. Masa tukan musim durian. Nabil plak memang hantu durian walaupun dia malu2 nak ngaku. Dapat tau dari Cik melalui FB, kata ada pesta durian kat KL Tower. All you can eat. Ikut citer ada gak buah2an tempatan lain. Ok gaks... sesambil jalan situ, tak pernah lagi bawak bebudak ni ke KL Tower.

Mungkin kitorang sampai agak lewat, maka buah2han lain da tinggal saki baki ajer. takper ler... belasah gak ler. Durian jer yang banyak. itu pun durian biasa, bukan musang king atau udang merah ker.... kira rasanya biasa2 ajer. Tak power sangat....


Tempat makan yang disediakan

Tempat collect durian



Manggis.... dapat 2-3 biji jerr.....

Ambooiii..... sampai tutup mata.....

Kulit jer yang tinggal.....
Semenarnyer sepanjang minggu tu, bole kata 3-4 kali pegi makan durian sebelum posa. Kat area umah jer, yang orang dok jual tepi jalan. Nabil seghonok. Masa bulan posa pun sibuk tanya "musim durian dah abis ker...?"  huhuhuh... sian ..... kemaruk durian ....

05 September 2011

Bugzees 1:24 :: #12 IMPUL Calsonic GT-R 2009













Pemerhatian aku dapati banyak jugak perbezaan yang dapat didetect antara bugzees 1:24 dengan kereta lumba sebenar tahun 2009 yang lalu. Ikut gambar yang aku amik kat Sepang lerr....

1. Yang paling ketara adalah bumbung kereta. Kereta sebenar finished dengan chrome..... tapi bugzees 1:24 bewarna biru.

2. Kat bumper depan, kereta sebenar ada decal Bridgestone sebelah tepi kiri & kanan, tapi bugzees 1:24 bukan kat tepi tapi kat tengah atas grill.

3. Hood depan configuration decal jugak berbeza. Kereta sebenar di tulis "Calsonic Edaran Tan Chong Motor IMPUL". kat bugzees 1:24 ditulis "Nissan IMPUL Calsonic".

4. Konfigurasi decal kat pintu pun lain. Kereta sebenar tulisan "Nissan" atas dari decal nombor. Tapi bugzees 1:24 tulisan "Nissan" kat sebelah decal nombor, dan decal2 yang lain disusun rapat.

5. Kat fender depan bugzees kekurangan 1 decal penaja.

6. Kat fender belakang bugzees kekurangan 3 decal penaja termasuk salah satunya decal "Edaran Tan Chong Motor".

Ada kemungkinan kereta yang diorang gunakan kat Sepang lain sikit dari yang kat Jepun, psal ada penaja tambahan.

04 September 2011

Perkembangan Nylea

Feberet dier, Raisin/kismis & potato chips
Dah lama tak update psal Nylea. Mungkin psal takda perkembangan drastik yang ketara.

Minum dalam gelas besar dengan straw
Cara komunikasi masih lagi tak banyak perkembangan. masih lagi "Aaaa Aaaaa" dan tunjuk kearah apa yang dia nak. Kalau dia tamau dia pandai geleng kepala. 'Berborak pun masih' "hmmmm hmmmmm" berulang2. Cuma kalu kemahuan dia tak dipenuhi atau dia menolak keras atau tak suka, dia akan menjerit atau merengek atau paling bosan buat aku, menangis sambil menjerit. Menjerit kuat jugak ko. Standard ler budak pompuan nyer jerit. Antara mender yg biasa dia protes, naik keta kena duk dlm child seat. Memang dia tak suka.

Hobi baru dia sekang tengok youtube atau main talking tom dalam tab aku. Youtube aku bukak nursery rhyme.... selalunya lagu ba ba blacksheep..... ada gak dia cuba try nyanyi..... tapi pitch, melody semua ke laut.... lirik lagi lah tak kena... huhuhuh

Gambar diambil pada 24 Julai 2011, masa nak keluar pegi KLTower.





Sepanjang raya ni Nylea cranky... asyik dok nangis ajer..... dia tak berapa sihat. memula cirit, pastu muntah, pastu demam campur selsema..... terjatuh katil & tangga brapa kali..... hmmm.... sian anak baba ni..... pls get well soon Nylea!!

03 September 2011

Balik Kampuuunngg…wo woo woooo…Balik Kampuuunnnngg ...lagi?

Tak abiss lagi crita balik kampung nih. Biasa ler bila da berkeluarga ni sekurang2nya ada 2 kampung. Tahun ni giliran kuantan dulu. Kelantan kemudian. Tahun depan tukar plak.

1 Sept 2011 bersamaan raya ke-3, bertolaklah aku sekeluarga dari kuantan ke kubang kerian kota bharu kelantan utk sambung hari raya. Dindong2 pkul 12t/hari baru bertolak.

Memang plan nak ikut hiway jabor-jerangau, sesambil nak cuba lalu hiway LPT baru antara bukit besi-ajil. Dengar citer bole save lebih dari stengah jam.

Awal perjalanan, trafik agak clear. Cuma ada 2-3 kali beratur agak panjang. Sebabnya lori. Eh… bukan kenderaan berat tak dibenarkan jalan sepanjang musim raya ni ker? Arah bertentangan ke kuantan lagi heavy traffic berbanding arah ke kelantan.

Sampai kat cabang tiga bukit besi, sesak. Kalu laluan sebelum ni nak ke ajil koner kiri. Tapi utk lalu hiway baru koner kanan, ikut signboard. Tak jauh dari simpang tu, ada jalan masuk ke hiway LPT baru tu. Ikut citernyer kemudahan hiway ni blum siap. Tapi hiway tu sendiri dah boleh digunakan. Bangunan tol pun baru pacak tiang, RnR pun under construction gak. Setakat yang dok lalu, permukaan jalan memang agak rata, tak seberalun macam LPT Karak-Kuantan. Best dan selesa. Jarak penglihatan pun jauh, takda obstruction. Harap kualiti ni dapat maintain sampai bebila. Tamau 2-3tahun permukaan jalan out plak.

LPT Bukit Besi - Ajil

LPT Bukit Besi - Ajil

Lebih kurang 3.45pm da masuk kaws. Pasir Puteh. Masa tu target bole sampai dalam sejam lagi. Tapi masa tu ler plak jalan jem merangkak-rangkak gerak. Adoyai… da ler lapar tak makan lunch lagi.Kedai makan lalu mmg tutup byk. Yg bukak selalu terlepas. Ader ler jem tart kue raya dlm kreta wat alas perut. Sesuai ler makan jem tart tetengah jem nih. Uhuhu. Pkul 5.00 pm tengok dlm henponnyer map, lebih kurang 30km jer lagi. Tapi tak nampak tanda2 bole sampai awal. last2 nampak stesen petrol, brenti utk toilet break n beli apa2 yg boleh alas bebetul perut. Ada plak maggie in a cup. Kaut sampai 3 cup. Makan meggie dulu kat tepi petrol stesen tu.


beratur di pasir puteh

beratur lagi... sibaik ada bontot sexy 350Z ni..... huhuhu

layan meggi di hari raya
Dindong2 pkul 6.30pm baru sampai. Lari budget terus dalam 2 jam. Apa2 pun alhamdulillah selamat sampai. Pasni ada 1 lagi perjalanan jauh balik ke KL plak.
posted from Bloggeroid

01 September 2011

Happy Birthday Dora (Posting Tertunda)

Alahaiiii…lambatnya bole update entry ni. 19 Julai lepas, birthday isteri kesayangan aku, Dora. Apa punya suami lerrrr… heppp tapi aku ingat jugak yerk birthday tu, cuma update blog jer yg lambat.

Macam tahun lpas, Nabil & Wina excited nak celebrate birthday ni. Wina terutamanya bersungguh suruh aku beli kek dan buat surprise utk mimi dia. Dora plak mcm tau2 jer mesti ada something. Jadi aku tak bersungguh sgt untuk surprisekan dora, tapi dalam masa yang sama layankan ajer keterujaan Nabil & Wina.

 


Kebetulan Dora kluar. Jadi chantek sangat ler time yg ada buat persediaan 'surprise' celebration. Wina volunteer utk hias bungkusan hadiah yg aku beli siang tu kat Sogo. Hias ler Wina. Pastu dia buat kad DIY utk Dora. Bole dia terlupa tulis nama Nabil. Ahakssss. Layankan ajer.

Abis tu apa keje Nabil? Aku dapat idea, memandangkan Nabil blajar piano, aku suruh dia main lagu happy birthday bila Dora balik masuk ghumah kang. Dia kata kalu ada note dia bole mainkan. Aku pun search internet, jumpa video ni.
Suruh dia ikut. Tercengang dia. Huhuhu… gilo apo nk suruh ikut. Ni dah level petala langit & bumi. Pastu aku jumpa note dlm internet yg basic n simple utk Nabil main. Dia pun prektis ler tengok melalui tab aku.


Nylea plak apa kerja? Dia pun buat2 sibuk. Macam biasa, tunjuk sana tunjuk sini sambil hmmmm… hmmmmmm…hmmmmmm…. Ahaksssss. Kiut jer anak baba nih! (Sapa lagi nak puji anak kalu tak baba sendirik?)

Masa Dora nak sampai. Mestiler tutup lampu, kalu dak tak feel ler surprise tu. Lama gak bergelap, persis ghumah kena potong api tak bayar bil letrik. Bukak pintu jer, Nabil pun main lagu happy birthday kat piano. Dora yg da tau ada surprise tu pun masih lagi torkojut dengan lagu birthday yang berkumandang (amboi…ayat, kumandang koo). Cayork Nabil. Masa Nabil dok main tu, Tab aku tetiba sleep plak, terus tergendala kejap siaran. On kan balik, sambunggg...... Sesambil tu kitorang pun mensumbangkan lagu happy birthday secara berkoir.

Sementara tunggu Mimi nak sampai
Da tua ghupanyer bini aku ni. Huhuhu. Tua2 pun masih istimewa. umpama kelapa, semakin tua semakin banyak santannyer! huhuhuh..... gurau jerk. Moga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan kita kekal bahagia hingga akhir hayat. luv u Dora.

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...