03 September 2011

Balik Kampuuunngg…wo woo woooo…Balik Kampuuunnnngg ...lagi?

Tak abiss lagi crita balik kampung nih. Biasa ler bila da berkeluarga ni sekurang2nya ada 2 kampung. Tahun ni giliran kuantan dulu. Kelantan kemudian. Tahun depan tukar plak.

1 Sept 2011 bersamaan raya ke-3, bertolaklah aku sekeluarga dari kuantan ke kubang kerian kota bharu kelantan utk sambung hari raya. Dindong2 pkul 12t/hari baru bertolak.

Memang plan nak ikut hiway jabor-jerangau, sesambil nak cuba lalu hiway LPT baru antara bukit besi-ajil. Dengar citer bole save lebih dari stengah jam.

Awal perjalanan, trafik agak clear. Cuma ada 2-3 kali beratur agak panjang. Sebabnya lori. Eh… bukan kenderaan berat tak dibenarkan jalan sepanjang musim raya ni ker? Arah bertentangan ke kuantan lagi heavy traffic berbanding arah ke kelantan.

Sampai kat cabang tiga bukit besi, sesak. Kalu laluan sebelum ni nak ke ajil koner kiri. Tapi utk lalu hiway baru koner kanan, ikut signboard. Tak jauh dari simpang tu, ada jalan masuk ke hiway LPT baru tu. Ikut citernyer kemudahan hiway ni blum siap. Tapi hiway tu sendiri dah boleh digunakan. Bangunan tol pun baru pacak tiang, RnR pun under construction gak. Setakat yang dok lalu, permukaan jalan memang agak rata, tak seberalun macam LPT Karak-Kuantan. Best dan selesa. Jarak penglihatan pun jauh, takda obstruction. Harap kualiti ni dapat maintain sampai bebila. Tamau 2-3tahun permukaan jalan out plak.

LPT Bukit Besi - Ajil

LPT Bukit Besi - Ajil

Lebih kurang 3.45pm da masuk kaws. Pasir Puteh. Masa tu target bole sampai dalam sejam lagi. Tapi masa tu ler plak jalan jem merangkak-rangkak gerak. Adoyai… da ler lapar tak makan lunch lagi.Kedai makan lalu mmg tutup byk. Yg bukak selalu terlepas. Ader ler jem tart kue raya dlm kreta wat alas perut. Sesuai ler makan jem tart tetengah jem nih. Uhuhu. Pkul 5.00 pm tengok dlm henponnyer map, lebih kurang 30km jer lagi. Tapi tak nampak tanda2 bole sampai awal. last2 nampak stesen petrol, brenti utk toilet break n beli apa2 yg boleh alas bebetul perut. Ada plak maggie in a cup. Kaut sampai 3 cup. Makan meggie dulu kat tepi petrol stesen tu.


beratur di pasir puteh

beratur lagi... sibaik ada bontot sexy 350Z ni..... huhuhu

layan meggi di hari raya
Dindong2 pkul 6.30pm baru sampai. Lari budget terus dalam 2 jam. Apa2 pun alhamdulillah selamat sampai. Pasni ada 1 lagi perjalanan jauh balik ke KL plak.
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...