Hmmm.... agak lama tak post... sibuk raya? tak jugak... bebiasa jer.... Cuma bila ada kejadian2 umat Islam di Syria dan Mesir tidak ketinggalan Palestin diperlakukan, diserang, dibunuh, ditindas etc. dengan cara yang kurang ajar oleh kafir laknatullah, z io ni s dan golongan munafik menjadi2 bulan Syawal ni, aku takda mood plak nak share sesuatu dlm ni. Mau plak yg berkaitan keselesaan kita kat sini. Nak tulis sesuatu psal diorang pun, aku tak gheti dan kurang pengetahuan. Jadinya hanya mampu berdoa agar Allah sentiasa bersama mereka, dikurniakan ketabahan dan keberanian untuk terus berjihad. Mohon juga dikurniakan Allah perlindungan kita dari kesesatan dan fitnah.
OK.... entry ni semenarnya berlaku masa cuti raya kat kelantan bebaru ni. Gambar dah lama masuk, tapi tak terpost jgak. Citernya plak memang dah ingat2 lupa. Apa2 pun pada sehari sebelum balik semula ke KL dari cuti raya, aku ngan Dora ke Rantau Panjang untuk jenjalan sambil beli barang sesikit. Yang memang target, beras siam lah. Item wajib kalu balik ke Kelantan. Tapi bila dah ke Rantau Panjang ada jer mender lain yang tersangkut sama. Antara yang aku ingat, tshirt untuk aku dan nabil, baju tido untuk wina dan nia, periuk besar utk senang masak sup kambing nanti, bekas ice cooler... errr.... apa lagi yerk.... oh yaa... ada gak barang2 yang mak kirim.
Target asalnya nak kluar umah awal.... tapi terlewat sikit gak. Jadi jalan agak jem lah nak sampai ke Rantau Panjang tu, terutama kat sebelum jambatan seberang sungai kelantan tu. Kat Rantau Panjang sendiri pun jem.... nak cari parking dedekat memang takda lah. Jadi parking jauh sikit. Memang penat sikitlah berjalan, mau plak bila takda tujuan sangat.
Bila dah agak lapar, kitorang ke kafe Maraschino yang direkemen oleh fardia malam sebelum tu. Katanya kek2 kat situ sedap. Jadi kitorang pun amik kesempatan untuk cuba. Kalau tk cuba, payah gak nak dapat peluang cuba balik... jawabnya kena tunggu paling kurang setahun plak.
Bahagian fasad luar bangunan kafe ni pun dah nampak kelainan dari deretan kedai2 yang lain. Design signboard pun spesel. Bila melangkah ke dalam kedai plak, ID nya agak tersusun, menarik dan suasana tenang. Agak unik jgak bila kafe ni berada kat pekan Rantau Panjang. Kira taraf2 kafe yang sepatutnya berada pada kawasan bandar2 besar. Lebih respek lagi bila bilangan pengunjung tidak mengecewakan.
|
Dari luar... kete banyak2 tu bukan parking tau.... tu namanya traffic jam.... ahaksss |
|
kat kaunter buat air |
Dari segi makanan dan minuman yang disediakan, lebih kepada hidangan fusion antara western dan local... kalau selera local, boleh makan sini... kalau selera western pun boleh makan sini. Apa2 pun specialty yg aku dibagitau adalah kek. Untuk hari tu, kitorang order minuman, chocolate ice utk dora dan passion fruit utk aku. Makan plak kitorang order nasi goreng apatah kongsi makan sama... diet katanya. Sambil2 tu gak kitorang order 2 jenis kek.
|
Menu... pepandai lah teleng muka tu kalu nak baca... huhuhu |
|
kaunter dengan backdrop mosaic yang style |
|
Boston Cream Pie |
|
Air Sejuk pun style jer dalam botol |
|
Cheese Chocolate Cake |
|
Nasi goreng yang kitorang order.... hmmm... lupa plak nama apa.... huhuhu |
|
Nasi Goreng close up kat udang dan sotong |
|
passion fruit dan chocolate ice |
|
Deco kat sudut depan kedai.... ada board game n buku.... tatau sekadar hiasan atau bole guna |
Dari segi rasa makanan2 yang kitorang makan memang sangat berbaloi dan sedap. Tak puas makan cheese cake tu terutamanya. Nasi gooreng dia gak best dan kaya dengan rasa. seafood yang diorang guna pun fresh. Tapi bab air passion fruit tu aku tak gemar sikit.... mungkin tak kena ngan selera. Camna pun Chocolate ice dia plak rich dan sedap. Memang kalau nak rekemen, jangan ketinggalan rasa kek dia... memang sedap.
Untuk apa yang kitorang makan, kena dalam RM30 kalu tak silap. Agak mahal lah untuk makan kat Rantau Panjang, yang banyak gerai2 makan murah. Kalu RM30 tu da boleh makan 3 orang. Tapi dari segi kualiti makanan dan suasana dalam cafe tu rasanya ok lah tu.
aduhh.... posting ni pun gambar hilang....??!! what the.....
BalasPadam