13 Februari 2010

Nenek & Mak

Peluang untuk jumpa mak dengan nenek semakin lama semakin nipis. Mak ok ler jgak psal ada juga datang lawat KL. Nenek rasa macam dah lama tak jumpa. Last sekali rasa nya Raya baru ni. Setakat ni Alhamdulillah, tak dengar plak sebarang masalah kesihatan kat Nenek. Harap Nenek kekal segar......

Wina & Nabil dengan Tok Nenek (Nenek) raya 2009

Mak baru jer balik ke Kelantan pagi tadi. Sepanjang kedatangan dia ke KL baru ni, nampak OK sikit. Walaupun luka hatinya aku tahu masih tak sembuh tapi rasanya dia boleh menerima keadaan, cuma perlukan masa dan sokongan anak2. Aku hanya boleh berdoa agar dia tabah menghadapi hari-hari mendatang dan hatinya terbuka untuk menerima kenyataan.

Nabil & Wina dengan Mak Tok (Mak) raya 2009

Gambar bawah ni diambik masa kitorang tengah punggah barang masuk kereta, bersedia untuk balik ke KL lpas abis raya. Senyuman Nenek cute jer.... tapi tak tau apa sebenarnya dalam hati dia. Mak plak nampak kekosongan lpas semua anak dah tinggalkan rumah Kubang Kerian tu. Mungkin dia tertanya, bila la plak rumah ni nak kembali riuh hiruk pikuk cucu2?

Mak & Nenek raya 2009


Maaf berbanyak Mak & Nenek, raya cina ni rasa macam tak sempat nak balik ke kelantan. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...