13 Januari 2012

MILO Van, At Last... Completed

6 Jan 2012 yang lepas dapat 2 bungkusan serentak.... dah bole kenal bungkusan apa ni. Penghantaran van MILO yang terakhir untuk aku. Semenarnyer bukan utk aku sorang, tapi untuk Mak gak. Dah banyak kali dia tanya, bila van MILO dia nak sampai..... ahaksss.....Nah... kan dah sampai niii.......


Nylea pun axcited gak.....

Kaki sapa ler plak tu..... huhuhuh

van MILO 2011 kecik, 2010 besar... 2 set... 1 utk aku, 1 utk Mak
Akhirnya setelah sekian lama menunggu, lengkap jgak van MILO ni. Tapi semua yang kecik kecuali 2010 jer sempat dapat yang besar. Kalu ada kesempatan, best gak kumpul semua photoshoot sekali. Mekasih pada sesiapa yang donate bungkusan2 MILO utk aku redeem van2 ni.... mekasih gak kat MILO psal hantar gak van2 nih...... Stok MILO tu ada lagi tu... entah bila bole abis.... huhuhuhu


12 Januari 2012

Toowombaa


Kat jalan Genting Kelang Setapak, ada kawasan komersil baru naik. Dok perasan lama dah satu banner restoren steak akan dibuka kat situ. Memang target nak gi test ler bila bukak nanti.

Aritu masa cuti krismas aku dok KL, Dora n anak2 plak balik kuantan. Aku tak ikut psal ada event ngan bebudak Nismoclub 25 Disember 2011 tu. 24 Disember tu, taktau nak lunch kat mana.... tetiber ajer teringat plak kat restoren ni... apa lagi... singgah lerrr......

Restoren ni 2 tingkat 1 lot. ID dia banyak kayu maple, macam style western cottage gitu. Spesialised hidang western food mcm grilled steak, daging2 halal dari australia. Paling top of the range, wagyu steak laaa....Selain makanan yang masak, kat sini gak jual daging2 mentah. Bole tahan gak pilihan makanan. harga pun stendednyer harga. Mcm wagyu steak tu hampir cecah RM100/hidangan. Ahaksss.....

Tapi aku pilih hidangan yg biasa je lerr..... Lamb Chop.....










Wow.... 5 keping lambchop per hidangan...banyak betul. aku pun kunyah ler pelahan2. Dari segi rasa best gak. Fresh lamb. Tapi psal banyak sangat akhirnya aku give up, masa tu dah start rasa muak.... sekeping aku tak dapat nak sumbat dah dalam perut.... huhuhuhu

Salah satu hiasan kat restoren nih.....


* da repeat sekali lagi ke toowombaa ni... len kali update.....


11 Januari 2012

School Holiday Genting Highland Trip

Cuti sekolah takkan tak bawak bebudak ni gi jalan? Last2 minit, sekolah da nak buka, baru brkesempatan utk bawak bbudak ni ke kota keriangan, genting. diorang riang ler. Aku plak dgn riang ria nk kluar bajet. Huhuhu. Better late then never. Itu pun amik kesempatan cuti tahun baru 2 Jan 2012.

Keluar awal pagi, idak ler seawal sebelum matahari terbit. Dlm pkul 8.15 pg gitu. Huhuhu. Drive macam org giler sikit panjat bukit tu, pkul 9pg da smpai kat parking genting. abih bau hangit keta dibuatnya. Tapi terparking jauh plak. Ye ler dtg genting pun 4-5tahun sekali. Mana nak tau mana parking yg dekat mana yg jauh. Jenuh gak nk smpai outdoor theme park nyer pintu. Turun naik escalator brapa kali tak ingat.



Aku beli tiket family pakage 2dewasa, 2kekanak. Nylea free psal ketinggian bawah 90cm. Aku amik all park, indoor n outdoor kena rm200. Awal pagi ni kosong lagi. Takyah beratur panjang. selamba jer main takyah beratur.


memula naik swing kat depan pintu. Nylea n dora naik collausal. Pastu Nabil naik space shot 2 kali. Aku tak naik space shot tu psal nak jaga barang. Hihi (walhal chiken bak kata akob). Roller coaster corkscrew pun bole naik 2 kali selamba jer. Oh yaa… ada gak wina main junior bumpercar ngan nylea. Berebut steering. Huhuhu. ada gak main memanah ngan nabil. Yg ni kena bayar asing.

 






 Pastu pegi dinasourland. Amik ko beratur panjang dan lama berjanggut mcm zaman dinasour dulu. psal boat yang nak naik tu lembab nk mampus. Gagahkan jgak beratur. Situ aja da amik dekat sejam. Tengok show dinasour yg tak semegah tu. Ada ler dinasour gerak2 ngan mengaum, tapi tak berbaloi tunggu lelama gitu. Beli makanan ikan pun ada sekor dua jer dlm kolam tu. 

Keluar dari dinasour land, org dah ramai berpusu2. Tak seaman dan tenteram mcm seblm masuk dinasourland. Corkscrew nak naik kena beratur 1km. sibaik dah nek 2round tadi. Masa tu da pkul 12t/h, stop lunch kejap.


Pastu pegi flying coaster ngan nabil. Memang best flying coaster ni. macam superman terbang, siap pusing2 terbalik kuang. Cuma takleh nak main 2kali psal beratur panjang. Jenuh wooo kalu nak beratur balik sekali lagi. Kat flying coaster ni strict sikit. Takleh bawak beg, spek etc. Tmpat lain pun takleh, tapi ada tmpat nk letak. Yg ni dipaksa sewa locker plak. Masa flying coaster ngan nabil, dora, wina n nylea naik jumbo ride n main kat playground.

 

 

Pastu naik antique car, wina jadi driver. Masa ni nylea dah terlelap. Pastu naik sungai rejang. Ahaksss… yg ni naik memang konpem basah. Kalu takat baju basah ok lagi. Ni siap stokin n kasut pun basah. Ada couple arab tu siap pkai baju hujan nek ride nih. Tak mana dapat tah.

 


Pastu nk gi naik roller coaster flying dragon plak, tengah dok beratur tu hujan plak. Tutup sementara. Aahhhh… masuk indoor plak lah. Smpai indoor terus tuju motionmaster 4D. Sekali lagi kematu kaki nak tunggu giliran. Show ala kadar. Nak kata best sangat, kira ok laaa. Citer psal nak gi rompak belian kat muzium, pastu kena serang ngan hantu lanun.

Pastu sambung naik roller coaster lagi. Kali ni euro express. Banyak betul roller coaster nak nek nih. lpas tu lapar plak, singgah burger king kjap. Pastu ingatkan nak gi ripleys n rumah seram dier, ghupanyer kena tambah duit. Byk lak tu. Yang skydiving pun kena tambah duit gak. Abih tu, mender yg dapat naik nyer ngan all park access ni kat indoor? last naik monorail berlampu2 keliling indoor tu. Nylea layan ler kot mendalah ni. Huhuhu…




Pastu decide utk baliklah. Masa tu dalam pkul 6.15pm. Aaahhh… sudah. Camna nak balik ke parking ni? berpusing2 tanya sana, tanya sini, ikut signboard, tetiba hilang plak arah kat signboard tu. Mengong betul. Memang sesat kat dlm genting tu. Keluar masuk hotel entah brapa jenis hotel tah atas ni. Kaki dah lenguh,kesian kat bbudak kena heret sana sini cari parking. Bole kata sejam baru jumpa parking. Abis perah otak nak ingat balik kot mana lalu. Dejavu byk kali. Ahakssss… akhirnya aku akui, semenarnyer cari balik parking ni lagi mencabar dari ride2 kat genting nih. Huhuhu…

Macam biasa, balik kl drive macam orang gila.huhuhu. Itu pun trpaksa benti kat RnR gombak utk solat maghrib.

Kesimpulannya, kat outdoor memang puas hati, cuma kalu da lewat sikit orang ramai, tempoh nk beratur nek ride lama nak mampus. Risiko hujan pun kena pertimbangkan. Kalu bole plan ride apa nak nek ikut susunan lokasi ride tu. Bole refer kat map. Baru ler tak buang masa pegi balik. Dan yang paling penting, ingatlah kat mana parking keta. Jangan parking P2 psal signboard kat dlm tak tunjuk jalan balik. Ahaksss…
 

02 Januari 2012

My N16_ Titan Coilover Service & New Set Up


Semalam, bosan dok opis, pegi servis coiloverlah waktu lunch break. Bajet mesti makan masa ni… ah, kira emergency leave ler nih. Bukan apa, tak tahan dah suspension sentra tu rasa berbuai sangat n tak stabil. Dah berbulan2 dah tahan. Mmg last set up pilih spring rate selembut yang bole. Mmg ada selesa, tapi 'loose' dan selalu 'bottomed' smpai kengkadang bodi tergesel ngan tayar. Corner pun body roll kuat.

Jadi niatnya slain nak servis, nak gi tukar set up dengan spring rate yang tinggi sikit dan tambah bound n rebound rate kat absorber. Harap2 semua ni bole kurangkan bodyroll n bottomed tadi.

Lepas konpemkn ngan workshop, aku pun pegi ler kat MPD kat area pandan. Kat workshop ada 4 hoist, semua penuh. Fuh. Hari biasa pun penuh. Bla…bla…bla… lepas bosan tunggu akhirnya giliran aku smpai. Bukak chek, semua dlm keadaan ok, takder bocor. Spring asal depan 5kg/mm blkg 4kg/mm.



set depan

set belakang



Lepas bincang2, setuju amik depan 6, blkg 5 plak. Lpas amik gambar skit aku lpak dlm opis diorang. Bila kuar balik, wah…da siap pasang balik. Cuma nak wat allignment ajer.

Spring diorang tukar yang lain. Yang pelik sikit diorang bungkus coilover tu ngan beg plastik khas. Takpernah tengok sblm ni. Aku pun tak sempat tanya apa kehalnyer.

Oh. Nak citer psal wat allignment tu. Service coilover diorang ni mmg pakej sekali allignment. Tu salah satu sebab aku suka kat diorang ni. Ye ler, kalu wat allignment kat kedai tayar mau berpuluh2 inggit gak lebur. Yang speselnya, diorang wat allign pakai bangku khas, batu ladung n pembaris jer. Pastu ada wat kira2 conteng pakai kapur ikut dan kat mana bole conteng. Huhuhu. Hasilnya allignment nyer pun sgt memuaskan.


bangku allignment... speselnyerr.....



batu ladung

Calculation allignment keta aku. Huhuhu

Lebih kurang pkul 6, keta aku settle. Yang best lagi sekali diorang charge rm150 jer utk tukar spring. Charge service yg patutnya rm400 diorang kata takyah bayar psal diorang consider kreta aku dlm warranty lagi. Aku pun senyum jer ler bayar. oh yerr… aku pun perasan keta aku makin lowered.

1st impression bawak…mmg berbeza… makin solid. Dah tak rasa buai2 berayun mangkuk ke apa. Steady jer. Cumanya da mula lompat2, psal spring da keras kot. Body rolled mmg kurang, bottomed pun tak rasa dah. Tunggu pkai lama sikit, lpas settle down harap2 improve lagi.


01 Januari 2012

Bubba Gump for lunch

Semalam jenjalan ngan Dora kat Mutiara Damansara. Niat utama nak beli pintu cabinet kat IKEA. Dah smpai sana ngam2 waktu lunch. Asyik2 kalu ke situ makan meatball, ingat arini nk lain skit laa. Terus teringat kat Bubba Gump kat the Curve. Pusing2 jenuh gak nak jumpa. Directory pun mengelirukan.

Tapi akhirnya berjaya gak jumpa. Disambut ngan pelayan2 yg aku tak pasti bangsa apa, yg pasti bukan orang mesia.

Interior kedai dihias ala2 rustic classic america zaman 70an. Masa zaman perang kat vietnam. kemasan utama dinding dan lantai dari kepingan kayu yg kasar n rustic. Banyak decorative dier plak macam papan iklan produk2 lama, gambar2 70's, plet2 nomor kreta lama etc. Menarik gak. Ada gak aku terbaca ada quote psal Forrest Gump. Movie 90's yg Tom Hanks blakon tu. Tapi aku tak pasti plak apa kaitan ngan restoren ni.









Makanan kat sini lebih kepada seafood & western food ada sesikit fusion. Kat menu diorang da declare no pork n liquor guna utk sediakan semua makanan. Minuman plak diorang da asingkan antara yg liquor n takda. Senang n yakin nk order. Dah lambang restoren pun guna lambang udang, elok gak try menu berasaskan udang.







Bila makanan smpai, mender pertama aku rasa, french fries dia. Wow. Sedap. Rangup di luar, lembut di dalam, rasa dia pun sedap. Udang pada nasi pun sedap, udang fresh. Tapi cepat muak plak. Beberapa sudu dah tamau. Mungkin terlalu butterly. Tapi makan gak ler tetukar pinggan ngan Dora.

Bil keluar kena rm83 utk 2 orang. Itu pun air kongsi, psal bole refill. Huhuhu. Bole tahan harga. Sekali sekala dating ngan bini makan mahal sikit apa salahnya. Takkan makan mahal ngan awek ajer kan? ;P
posted from Bloggeroid

29 Disember 2011

Traders Hotel Penang

Hari tu ada meeting kat taiping, keesokkannyer plak kat penang. Jadi aku decide utk pegi guna kreta projek. Lpas settle meeting kat taiping, terus shoot ke penang.

Sampai lewat petang. Round2 cari makan. Macam biasa Sarip nasi kandar ler target. Huhuhu…tapi masa smpai tu tak bukak lagi. Pastu decide pegi medan suri kt sg nibong. Sesambil beli jeruk, jejenguk tempat makan zaman belajar kat penang dulu. Port dating tuuu… byk nostalgia. Ada yg dlm keadaan yang sama walaupun dah lebih 10 tahun berlalu.

Lpas beli bungkus nasi kandar sarip, pegi Traders Hotel utk check in. Sebab meeting aku esok pagi kat KOMTAR. Kira walking distance. Tu yg pilih Traders.

Bole kata highclass gak ler hotel ni bagi aku. Sibaik bole guna government rate n yg paling penting bole claim balik nanti. Huhuhu. Bilik dapat tingkat 15, view bandar lama georgetown.

Facilities dalam bilik memang lengkap. Malah lelebih pun bole kata. Selain mender2 yg biasa dlm hotel, ada gak lampu suluh, robe, weighting scale, jam loceng classic style yg bagi aku unik gak. etc. Mini bar n mini fridge pun penuh.

Interior design pun ada classic temporary feelings dgn timber strip touch sesikit disulami ngan cermin sebagai special feature interior bilik nih. Scheme colour pun natural light brown n beige utk bagi feel executive.






























posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...