19 Mei 2011

Maggie Ketam

Setiap kali balik Kelantan, mesti aku teringat kat maggie ketam. Kalu ada peluang memang aku akan bgtau kat bebudak nismoclub kelantan & diorang akan arrangekan serang gerai maggie ketam tu reramai.


Lokasinyer memang susah nak citer. On da way ke bachok dari kubang kerian, akan lalu pekan ......... Pastu masuk kiri ikut signboard Tawang & Wakaf Zin. Gerai tu belah kanan. Nak kenal, gerai kayu tu kecik jer ada lampu lip-lap ditulis 'ketam' dengan tulisan yg tak brapa senang nak baca....

Keadaan kedai...... simple kekampungan gitu....

Gerai ni tak bukak sepanjang masa. Semuanya bergantung kepada stok ketam yg diorang ada. Kalu takda stok ketam, diorg tak buka. Jadi untuk selamat, seblm pegi kena call tanya dulu bukak ke idak. Pastu plak, ketam ni ada musim, kena musim ketam besar2 dan isi banyak. Dengar org kata kalu mlm bulan mengambang ketam besar2.

Walaupun famous ngan maggie ketam, tapi tetap ada menu lain. Tambah plak maggie ketam tu bole kalu nak dicampur ngan belut, udang atau sotong.

Kalu nak ikutkan, dari segi rasa maggie tu, takler special mana. Rasa maggie yg tipikal pun tak kuat. Mungkin diorang masak pun pkai prencah maggie skit jer. Yang jadi special pun tang ketam yg digunakan. Sangat fresh dan isi manis.

wokeyyy.... layan gambardluuu.......

 peralatan yg disediakan utk belasah kulit2 ketam yang kerasss.....

 dah sampai....... tapi mana ketamnyerr....??

korek & cedok belah bawahhh........ baru timbullll..... 

 sluurrrppppp..... meleleh dah niii.......

 alahaii...... kiutnyerrr.....

 Jo baghi........

Selesaaiiiii............. 

 bayor... bayorr.....

 makan 10 orang, kena RM150.... ok lerrr ttuu......

Promosi sikit.... errr.... bukan awek ni... tapi kedai niii...... ape2 hal call......

Mekasih NISMOCLUB kelantan organise keluar makan maggie ketam ni......
mekasih kat Cik, psal bagi pinjam kamera mahal & besar........ tak gheti aku apa namanyerr..... huhuhu

17 Mei 2011

Corus Paradise Resort Port Dickson

Aku menginap di Corus Paradise Resort Port Dickson atas urusan tugas dari 20-22 April 2011.ahaksss..... da suka mengomen hotel sekang, silap lerrr......


Masa masuk kat entrance hotel, wow... Kagum. Tangga sampai 3 level untuk sampai ke reception kaunter. Sambung 1 level lagi sampai ke swimming pool.

 
 
Memang grand abiss entrance dia sampai 4 volume. Ada plak water element air terjun yg jatuh sebelah restoren, sama level ngan swimming pool utk effect dan bunyi latar yg nyaman.



Interior kat lobi nampak elemen resort ala2 roman walaupun bahagian luar bangunan nampak macam moden. Dalam hati dok kata, entrance grand gilleerrr, mesti bilik dia best gak.








Tapi bila masuk bilik, adoyai, hampa.... Rasa macam time travel balik tahun 80an. Memang nampak usang, outdated dan boring. Design prabut outdated, skima warna yg biasa,.... ke lebih tepat macam tak kena. dinding siap ada hairline crack.... Hmm  memacam ler yg tak best.

Walaupun byk kemudahan dlm bilik tapi tak semua perfectly function. Contoh, safety box ada, tapi tak leh kunci. Tilam jenis spring, da siap bole rasa dan bunyi spring keras. Sibaik aku bujang dlm bilik...kalu tak bole sakit badan dibuatnya.

Tv olskool crt saiz 16" takda remote. Bila takda remote, lagi rasa macam zaman kuno. Dah ler gambar tak terang, bad reception. Walaupun ada tv kabinet, tapi tv tak dok dlm kabinet.... Dok atas cabinet plak. Kalu dok atas, baik panggil meja..... huhuhu


lampu design macam kon aiskrim ler plak. Lampu pun tak semua menyala. Bila malam suram jer dlm bilik.


Kerusi punya fabrik bukan main lagi dah lusuh, siap terkoyak lagi.

Taik lalat pun ada. Pandai plak lalat ni cari port utk berak. Huhuhu.



Perabut plywood laminate murah. Edges perabut tajam main butt joint gitu ajer. Tajam tak ingat... bole luka jari kalu tak kena gaya......


Plus point utk bilik kalu ada pun, semua view ngadap pantai/laut dan shower kuat.


Toiletries byk.... tapi takder makna....

Secara amnya, kemudahan yang ada pada hotel banyak dan menarik. Ada karaoke jamban, kedai, game arcade, spa etc. Tapi keadaan bilik penginapan tak menggambarkan kegempakan dan  kemudahan hotel.

Adoyai, memang tak best ler. Aku rasa dah tiba masa hotel ni refurbish bilik2 supaya setanding dgn interior design entrance dia yg gempak tu.


* masa kat hotel ni, kamera aku buat hal..... suda rosak.... jadi aku amik pkai henpon chokia jerr......

16 Mei 2011

Roti Canai Sabar Menanti & Kari Gearbox

9 sampai 11 Mei 2011 lepas, aku kat kelantan atas urusan tugas. Sesambil selam air, balik kampung skali.

Salah satu agenda, mestilah cari makanan feberet. Kampung aku kat kubang kerian. Kat sebelah depo bas SKMK, ada satu gerai kayu kecik nama Sabar Menanti. Gerai ni famous dengan roti canai dan kari gearbox. Kalu kat tempat lain, sup gearbox tu biasa, ni kari gearbox. Hmmm.... Lendir lemak2 memang tahap kolestrol yang best pada tahap tertinggi. Hahaha.... Memang aku layan... Sekali sekala.....


Mesti dapat agaknyer, naper nama gerai tu Sabar Menanti? Kalu tak kena gaya, memang kena tunggu lama nk dapat makanan. Tapi kali ni aku pegi awal, orang takder lagi. Beli 5 keping roti canai n gearbox seketul saiz sederhana dengan kos RM13 jerr.... Bagi aku berpatutan.

Kari Gearbox close up.....

Jangan plak ingat aku bantai makan semua roti n gearbok tu. Wat balik utk penghuni umah yg lain gak.

Sebabkan kamera aku dah rosak, sekang gambar kualiti henpon chokia jerr....

05 Mei 2011

Recent Haul of HW & MB

Sebulan dua ni banyak gak beli Hot Wheels & Match Box.

yang ni beli merata2.... tak ingat sangat.....

 Yang Willys & Cobra tu tak ingat beli mana. Tapi yang empat belah kanan tu semua beli kat 7E area Teluk Batik/Lumut masa Family Day NISMOCLUB bebaru ni. Ada lagi 1 7E aku tak singgah masa tu, psal dok dlm konvoi..... aku plak lead..... kang abis semua konvoi masuk 7E.......nayaa.....

Yang ni baru semalam kat The Mall. TQVM Saruman & Rahmat for the tip off. Treasure Hunt pertama aku tahun ni '68 OLDS ... hahahah lemau btul.... dah nak separuh tahun baru 1st?? Tapi tak best ler TH American muscle nii...... tak chun....

Tengah aku dok susun2 utk amik gambar, aku perasan... laaaa... dah ada Custom Camaro ni... terbeli dua lerr..... tapi bila aku tengok bebetul... aiksss...... sama tapi tak serupa..... yang satu ada decal nomor 6 besar & stripe oren kat pintu... yang satu lagi kosong..... variant tuuu..... ahaksss.....

 Close up skit.....

 Ferrari 458 Italia.... satu siri Premiere & satu lagi Faster Than Ever

27 April 2011

Touch Up Presage for FD

Family Day NISMOCLUB da tak lama. Nak pegi ngan Presage. Tapi keadaan Presage tengah selekeh ler. Jadi aku decide utk antar kat workshop utk touch up skit & polish satu bodi. Kat mana lagi kalu tak kat AhPing Segambut yg aku bole percaya, workmanship kemas & harga berpatutan. Da lama aku kenal Ah Ping... tak kurang 13 tahun. Jadi pengalaman dia tak bole dipertikaikan.


Keselekehan presage tu atas bbrapa sebab. Salah satunyer, minggu lpas langgar mender tah, sampai bumper depan rebeh skit dan bercalar. Itu tak per ler, yang utamanya keselekehan yg disebabkn oleh workshop sebelum ni yg aku antar utk respray satu keta ogos 2010 lpas. Memang teruk w/manship workshop tu. Ngan liquor leleh, kusam & tak rata. Walaupun w/shop tu kata bole antar balik utk dia touch up balik, tapi tak sanggup aku nak antar balik. Entah apa lagi problem yg diorang bagi nanti. Da laa jauh. Baiklaa aku antar kat Ah Ping, lagi terjamin. Biar pun tambah duit skit tapi hati tenang.  Walaupun aku da tamau ada apa2 ngan w/shop lama tu, tapi tak bermaksud aku nak halalkan kerja sampah diorang tu.


Chrome bar kat depan bumper dah terkopak keluar & calar kat belah bawah bumper


Dari sini nampak bumper dah terkeluar.... sikit jerrr.....

workmanship sampah workshop lama..... tak sampai setahun bole terkopek sendiri cat ni.... apercerrr...??


Presage tu aku antar AhPing 25April 2011.  Idak ler nak touch up 1 bodi walaupun yg defectnyer 1 bodi. Touch up yg kritikal jer, bumper depan dan sebahagian bonet belakang. 26April2011 aku gi tengok progres, ok.


Bumper depan ditanggalkan utk spray the whole bumper

Ah Ping tengah gosok bumper depan... prep untuk spray

Prep bahagian belakang... gosok jangan tak gosok.......
Petang tadi aku gi amik Presage tu dari Ah Ping. OK.... puas hati ngan hasil. Kalu banyak duit mau jer nak suruh Ah Ping touch up 1 bodi. Camna pun apa yang ada ni, da ok bole ler berfamilyday dengan bergaya... huhuhu

Selepas touch up....

 




Harap semuanyer berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah untuk Family Day NISMOCLUB ni. Tak sabar dah nak bergumbira. Jumaat ni amik cuti utk servis Presage .... kebetulan dah tiba masa.

26 April 2011

Cubaan Rekabentuk Geometri Pattern

Geometri Pattern bole aku tafsirkan sebagai bentuk2 geometri asas yang disusun berulang-ulang kali mengikut peraturan/order tertentu yang teratur membentuk corak. Pada skala yang besar corak ini boleh menghasilkan tekstur yang tersusun.

Geometrik pattern dengan menggunakan bentuk asas yg bersegi sering dikaitkn imej bangunan islam. kerana itu ianya meluas digunakan di masjid atau bangunan institusi keislaman. Sama ada sebagai penghias dinding penghadang, penghadang silau matahari, hiasan, wall paper, insert pada railing dan sebagainya.

Salah satu Geometri Pattern kat Masjid Negara Sebagai dinding fasad. Gambar diambil dari bahagian dalam masjid.

Penggunaan geometri pattern ni dah ada dari zaman dulu kala lagi. Sampai sekang, ianya masih digunakan. Masih relevan dan kontemporari. Tak lapuk dek zaman. Kat Mesia pun banyak bangunan lama yg ada geometri pattern ni. Contohnya kat Masjid Negara, Menara Dayabumi, Pejabat Pos Besar etc.


Dalam tugasan aku design surau dan masjid, aku cuba explore dan design geometri pattern ni. Psal geometri pattern yang ada dlm library ACAD kat opis ni sama jer dari memula aku masuk kerja sampai sekang. Bosan plak nengoknyer.

Geometri asas yang aku olah dengan ukuran 500mm X 500mm

Bila geometri asas kat atas tu disusun dan diaplikasikan pada komponen bangunan, jadi terhasillah komponen2 macam kat bawah ni.....


Dinding penuh



Susurtangan


Susurtangan pada gerbang

Dinding penuh pada gerbang berkembar


Yang ni plak aku cuba kecikkan scale. Susunan 4 geometri asas kat atas tu membentuk komponen 500mm X 500mm.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...