04 Julai 2010

Hobi Baru :: Toy Cars


Ahaksss......

Nak kata hobi, tapi tak serius sangat. Ni semua hasil keracunan yang ditaburkan oleh wan shah, lood & sarum laa nih......

Bila sebut kereta mainan die cast, kos rendah, Hot Wheels (HW) memang sinonim. Sebelum2 ni bukan tak pernah beli HW. Beli utk Nabil. Nabil pun suka. Tapi akhir2 ni beli utk diri sendiri plak.... huhuhuh.... Masih baru tak sampai 2 bulan rasanya. Jadi collection tak ler banyak lagi. Collect pun pilih2.... tak beli semua, pokai nanti. Hanya pilih kereta2 yang minat dan real life cars. Kalu kartun sangat tak minat.

Pada kalangan collectors HW, Treasure Hunt (TH) unit memang dicari2 sebab limited & rare. Aku tak ler harap sangat nak jumpa TH. tapi pagi tadi masa tunggu kelas taekwondo Nabil, singgah ler kat 7E. Macam tak caya..... ada 3 card jer HW kat rak tu. TAPI salah satu tu TH unit. Ahaksss.... tergelak aku ambik dan bayar.... huhuhu...... Permulaan yang baik......


Selain Hot Wheels, aku pun kumpul gak kereta2 mainan, terutama yang melibatkan kereta Nissan dan kereta2 lain yang aku minat.

28 Jun 2010

Super GT 2010 Racing Cars

my favourite team, NISMO Autech Motul






raining champion of the last season


the winner of the race








my favourite momment


my favourite pics of the whole bunch




hope to see Super GT again next year!!

27 Jun 2010

Wina at Super GT 2010 Sepang

19-20 Jun 2010 yang lepas, acara tahunan yang memang tiap2 tahun aku tunggu, Super GT datang lagi. Dulu dipanggil Japan GT. Daripada 1st time Super GT main kat Sepang sampai sekang, tiap-tiap tahun aku tak pernah miss utk datang layan. tak tau naper, mungkin kereta yang race dalam Super GT ni adalah model kereta yang sama dijual oleh pengeluar2 kereta. Mungkin psal race format dier yg serentak antara kategori GT500 & GT300 buatkan banyak aksi potong memotong lebih layanz. Dan kemungkinan besar gak, psal amoi2 Race Queen yang seksi jadi penyeri sepanjang racing event. huhuhuhu

Dulu tiket boleh kata murah gak. Memula diperkenalkan pit walkabout aku tak lepaskan peluang utk masuk pit dapat lebih rapat dengan driver, kereta & race queen. Tapi sampai 1 tahun tu, dah ler bayar agak mahal, tempoh masa pendek jer kat pit tu dan yang paling tak best bila terlalu ramai sangat orang masuk pit terpaksa berkerumun berebut2 utk amik goodies & amik gambar. Demam orang ramai ngan kamera DSLR pun wat rimas jer dalam pit tuh. Aku pun jadi hilang selera nak masuk pit lagi. Tapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ni, diperkenalkan Kids PitWalkabout, percuma utk kekanak pada hari sabtu. Lebih selesa, tak yah berebut & budak tu diberi layanan isteimewa. Aku pun wat strategi baru utk masuk pit, aku bawak Nabil. ahaksss.......

Tapi tahun ni aku ajak, dia takmau, sebaliknya adik dia Wina plak nak ikut. ahaksss...... pelik gak memula tu. Wina kata dia nak rasa macam mana nak masuk pit. Takper ler, janji dapat masuk pit...... huhuhu

terik hari tu. sibaik bawak sunblock.....











ngan wakisaka-san & loterer, champion tahun lepas & pendahulu point sekang


18 Jun 2010

Presage Story: Family Day NISMOCLUB 12-14 June 2010

12 hingga 14 Jun lepas aku join Family Day NISMOCLUB. First time bawak Presage dalam event rasmi NISMOCLUB. OK lerr.... selesa, rileks & dapat angkut banyak barang. T-shirt keluaran khas FD 150 helai, tilam kecik & bantal spare, barang2 baby Nylea & beg-beg baju.... itu pun banyak lagi ruang.

Bawak pun slow & steady ikut konvoi rasanya paling laju pun 120km/h jer. Ada gak bebudak lain merempit menjerit2 tak ingat dalam konvoi, tapi psal dah bawak van besar ni, kita kena cool jer ler tengok diorang .... huhuhuhu

Kalau nak tengok gambar lain sepanjang FD bole ke http://nismoclub.6.forumer.com/viewforum.php?f=69&sid=398e78572824d82b41fd7ec51847782f

posing depan lobby PDGCC



Kat Kampung Nelayan apa tah kat PD tu singgah tengok view


Secara keseluruhan, sangat berpuas hati. FD berjalan lancar walaupun tak seramai FD tahun lepas. Presage pun best dibawa utk aktiviti keluarga camni.

Oh Yaaa...... lupa nak crita..... 1st time menang hadiah besar dalam cabutan bertuah. DVD player Sony.... huhuhu. Patut ler pagi tu punya acara sukaneka satu hadiah pun tak sangkut. Ghupanya ada hadiah besar menunggu waktu malam tu. ahaksss.... Alhamdulillah........

01 Jun 2010

Centre Cap Job For Presage's Sport Rims II

Sambungan dari http://naza-atai.blogspot.com/2010/05/centre-cap-job-for-presages-sport-rims.html ..... gambar rim yang dah siap tampal cap "Autech" tiruan....huhuhuhu


25 Mei 2010

Ekspedisi ke Air Terjun Sungai Chilling

Sabtu lepas (22 Mei 2010) berkesempatan join ekspedisi ke air terjun Sungai Chilling.... mmg best.... tapi tak puas......kena repeat!!

sementara ni tak sempat nak upload gambar lagi..... cukup sekadar gambar intro dulu........ nanti akan diupdate sesikit.......

berlatar belakangkan air terjun yang tinggi!

23 Mei 2010

Teluk Chempedak Re-Visit

Seminggu lepas pergi Teluk Chempedak ngan bebudak N16, aku berpeluang re-visit pasal balik Kuantan 24 April 2010 utk ziarah Nanny (Nenek Dora) yang masuk wad.

Kali ni aku pergi bawak Nabil & Wina. Bebudak dua orang ni bila pegi pantai, tak lain mesti nak bawak gear utk buat sand castle. Teluk Chempedak kali ni berbeza sikit dengan lawatan pertama. Cuaca lebih terang, terik, langit lebih biru dan angin lagi kuat. Ombak pun agak kuat dan tinggi bila terhampas atas batu-batu sekitar pantai. Tapi selepas beberapa lama dok lepak situ, langit mendung dan last2 hujan renyai turun. Oleh itu, gambar yang terhasil pun agak berbeza atas faktor2 cuaca ni.

posing dulu masa baru sampai



"Under Construction"


Wina & Turtle


Posing atas batu


Mula mendung


Happy Jumper


Macam visit yang pertama, ada gak pengunjung pompuan yang pakai bikini dok sunbathing. aku rasa mmg perkara yang biasa kot pantai ni jadi port sunbathing dengan bikini.

Dan visit kali ni ada monyet....tapi tak sempat plak nak amik gambar. Sekali tu Wina jalan laju ke depan, dia tak perasan kat atas railing laluan tu ada monyet tengah bertenggek. Lepas kitorang bagitau ada monyet atas railing sebelah dia berdiri, dengan gelabah dia lari balik arah kitorang. Papan lantai kayu laluan tu yang tak rata sebabkan Wina terjatuh tergolek.... ahaksss..... sian Wina.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...