21 April 2013

19 Mac 2013 _ Johor Premium Outlet

Ada kaitan dengan entry ni.

Tada apa nak citer pun... cuma nak share random pictures kat sana.














17 April 2013

hpi.racing Nissan Skyline GT-R (R34) scale 1:32

Post pasal menan sikit... Da lama tak update.

Menan kali ni aku dapat dari masterloda bukit rimau kelang. Antara yg mahal kalu nk bandingkn dikalangan menan aku. Tapi rasanya berbaloi. Kenapa?
1. Sekang ni susah nk cari scale toy skyline R34. Kalu GTR35 bersepah.
2. Detail dan kemas.
3. Siap ada driver.
4. Kotak siap chop NISSAN official licensed product.
5. Detail dan kemas. Ehh... Da bgtau yerk? Tapi memang detail dan kemas. Bukan belah luar saja, kat interior pun detail. Walaupun pintu tak bole bukak.
6. Ni bukan sebarang GTR R34... ni V SPEC II NUR.

Cuma kalu kureng sikit tang scale 1:32 agak unconventional. Perkara yg kureng lain, caliper brek depan belakang takda. Huhuhu...

Layan je lah gamba....









16 April 2013

Project Revisit

Projek opis aku... Da hand over ke client lebih kurang setahun dulu. Aritu visit balik untuk tau feedback especially internal layout utk apply ke projek yang lebih kurang sama tapi kat utara tanahair.

Intricate & banyak betul detailing ornamental kat projek ni. Walaupun camtu, unseen problem semasa peringkat rekabentuk mmg normal. masa dah guna baru tau.... oh itu tak cukup... ini terlebih.... patut macam tu.... patut camni.







Akhirnya tengok gak design 'ukiran' aku kat bangunan. Selama ni tak tengok... Psal tak smpat nk visit. Huhuhu....





15 April 2013

Puteri Pan Pacific Johor Bahru

Seingat aku, ini dah kali ke 4 atau ke 5 aku tidur kat Puteri Pan Pacific ni. Kebanyakkan nya atas urusan kerja. Tapi kali ni pegi jalan2 ngan family. Bilik pun pilih bilik biasa tapi triple sharing. yelah... nk sumbat 5 orang. Amik bilik pun pakej sekali ngan trip ke USS.

Tak banyak beza dari time dulu2 aku stay sini. Main lobby mmg besar, grand & cantik. Bilik plak bole ler.... tapi bagi aku agak outdated sikit.


sementara tunggu check in
menuju ke bilik 
1 queen size and 1 single bed... cukup utk kami berlima
TV CRT... yang agak ketinggalan 
Nothing extra ordinary 
almari & mini bar. ada kemudahan buat air, security box, iron, fridge... 
toilet. nak mandi bole pilih, shower ada, bathtub pun ada.

Nia.... makan atas katil... kang bersemut tu... huhuhu 
ketiga2 diorg happy dengan bilik 
Breakfast 2nd day.
Ahaksss.... muncung kenapa tu Nia
View dari hotel... landmark JB
Lobi
3rd day breakfast
View dari bilik
 

main bubbles ngan wina & nia kat pool side
bergambar di lobi lepas check out



14 April 2013

Levi's 501 dari Johor Premium Outlet

Akhir bulan Mac aritu pegi JB. Da alang2 tu singgah ler kat JPO. Takda niat nk shopping pun... Sekadar tetengok. Almaklumlah... Org kebanyakkan... Tak amik pot sangat psal branded2 ni.



Beli cokelat... Pastu lebih kepada window shopping. Masuk nike... Tersangkut plak ngan suar thight (betul ke eja) kat section clearance.... Mmg murah kat section clearance. Tapi limited takat yg ada kat section situ jer.


Pastu masuk Levi's... Lama da tak beli jeans... Ingat nk beli cutting feberet aku.. Bootcut, tapi takda... Pilihan tak banyak... Yg ada 501 dan 505 jer. Tengok harga...bolelah... Utk 5-6tahun sekali. Alang2 amik 501 lah terus. Mahal rm30 jer dari 505. Itu pun lepas try fitting 2-3kali.

501 tu seniri ada banyak warna n jenis. Aku pilih yg season sikit tapi warna biru gelap. Kalu biru cerah nampak pudar/pale sgt.

Made in vietnam
season
button fly
poket belakang, siap ada koyak

sticker QC... byk kat poket belakang
close up button
tag belakang


13 April 2013

Burgerbyte Taman Dato Senu Sentul

Salam. Cubaan utk 1st time post dlm blog pkai henpon android. Tengok... Ok ke tak.

Bagi yg simple jer...

Pegi dinner semalam ngan Dora n Nia. Perasan kedai burger ni agak lama. Cuma tak smpat nk singgah. Nama kedai burger ni pun kalu tak silap ada masuk iklan radio. Smlm jer teringat. Sesambil tunggu Nabil n Wina g kelas piano.

Suasana n konsep hiasan kedai simple tapi menarik. Aku suka feature wall dia guna kayu2/papan kecik yg ditindan2kan. Bole tiru nanti. Selain tu, kat sini ada jual air botol gas 'kampung'. Payah gak nk jumpa tu.

Menu menyelerakan.... Ngan nama2 burger yang fancy. Aku pilih beef beacon with cheese. Dora plak pilih beef burger tambah cheese. Pastu kalu tambah rm2.50 utk set... Dpt air n fries. Kalu air sj rm2.00. Harga burger plak macam harga pasaran burger2 bakar lain jer. Order kena bratur kat kaunter. Leceh kalu dtg reramai, yg amik order susah gak nak ingat order. Btul tak?

Tunggu tak ler lama sangat. Bila sampai burger... Kecik jer bun dia. Bila makan...hmmm payah plak nak abis. Huhuhu.... Aku terpaksa guna cili sos yg byk utk telan. Psal agak kekeringan. Sibaik cili sos tu sedap. Ahaksss... Rasanya plak ala kadar saja.

Ok lah.... Sekurang2nya dah mencuba. Cuma mungkin kalu nk improvekan lagi, diorg patut sediakan pen n kertas n menu atas meja... Senang yg dtg reramai nk pilih n wakilkan order kat sorg yg beratur. Pastu patut adalah sos2 tambahan.... Mcm black pepper ker mayonese ker mushroom ker... Idakler kekeringan sangat... Huhuhu

All the best kpd Tokey kedai.


Beef beacon with cheese




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...