19 September 2010

Our 11th Anniversary

14 Ogos 2010 yang lepas adalah tarikh ulangtahun ke 11 perkahwinan aku dan Dora. Kebetulan tahun ni jatuh bulan Ramadhan dan Mak datang ke KL untuk melawat Abg Zumy yg baru lepas operation. Memula tu plan nak ajak mak makan bukak posa kat umah. Pastu Kak Nor cadang makan kat umah dia bagi ramai skit bole join. Kalu kat umah aku sempit. Ok jerrr.......

Takder apa yang special, tentang sambutan anniversary tahun ni. Sederhana saja. Beli kek, potong lepas semayang Terawikh......

Alhamdulillah selama 11 tahun rumahtangga kami bahagia bersama rezeki dan anak 3 orang. Kalu bole tambah lagi sorang. Dugaan tetap ada tapi semuanya setakat ni mampu ditempuhi bersama..... Terima kasih Dora atas kesetiaan mu.... cheee waaahhhh......


Bebudak semua makan kat bawah. Penuh dapur umah Abg Zumi. Itu pun tak cukup korum lagi nih......

Yang lelaki besar semua makan kat meja.


Kek ulangtahun. Potong lepas Terawikh

* gambar kureng skit pakai kamera henpon chokia.....
* post pertama lepas laptop crash aritu.... tu yg ceghita outdated skit... ahaksss....

06 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri !!

Mohon kemaafan atas segala kesilapan dan kesalahan aku selama ini. Aku hanya insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan.

Teringin gak masukkan gambar / ucapan dalam bentuk jpeg raya pertama dengan blog ni. Tapi laptop rosak, tak sempat nak prepare & edit. Hanya ucapan guna text jer ler..... Apa yang penting tulus ikhlas.

Memandulah balik ke kampung dan kembali dengan selamat. Peringatan untuk aku sendiri jgak. Harap terhindar dari segala musibah dan kesulitan. Nauzubillah......

Selamat tinggal Ramadhan..... harap boleh ketemu lagi tahun depan. 1 bulan sangat singkat untuk menikmati keindahan mu Ramadhan......

02 September 2010

Adoyai....Lap Top Sudah Crash......

Adoyai.... frust tul laaa.... 31 Ogos sempena Hari Merdeka, laptop aku boleh crash setelah 4 tahun berkhidmat ..... da tak bole on langsung.... banyak info & gambar dalam tu tak sempat nak back up lagi.... harap bole diselamatkan ler fail2 dalam tu. Mati kutu sikit kat umah psal takleh nak guna komputer..... blog pun terbengkalai skit ler nak update .... banyak gak mender nak diblogkan ni, tapi dah semua dok dalam laptop tu. Kena tunggu repair dulu........ Sementara tu Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..... Ehh.... seminggu lagi... kasi advance skit.... huhuhu

29 Ogos 2010

Nur Kasih

Memang aku layan cerita ni dulu. Tak tau plak kenapa aku layan. Tak banyak siri TV yang aku layan. Mungkin faktor pelakon2 yang mantap dan cun. Mungkin psal cinematografi yang real & menarik, angle semua kreatif. Mungkin psal watak2 dalam tu menarik, senang nak relate dan menjadi idaman (sapa tak idam bini macam Nur Amina? hehehehe.... Dora pun idaman gak.... jangan marah yerk). Mungkin approach dakwah yang dibawa. Mungkin psal lagu Nur Kasih Yassin tu berantu. Aku takda jawapannya.......

Dalam bulan posa ni TV3 tayang semula drama ni waktu sahur sebelum subuh. Walaupun kali ni aku tak brapa layan sangat psal dah puas layan dulu, tapi ada sesuatu yang membuatkan aku terasa nak Blogkan psal Nur Kasih ni. Ada beberapa dialog dalam drama ni yang meninggalkan kesan dan aku teringat dan perlu sentiasa diingatkan.

1. Masa Adam memula bawak Cat balik Mesia. Dia suruh Cat tudung kepala. Cat tak suka dia kata bertudung tu bukan diri dia. Adam balas "Memang kita tak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik".

2. Masa Adam jadi tak betul psal Nur hilang. Adil ajak Adam buat baik, tapi bukan terperap semayang saja. Kena keluar buat baik ngan orang. Adam kata dia tak kenal orang2 kampung tu untuk dia buat baik. Adil cakap "Nak buat baik, kita tak semestinya kenal orang tu".

3. Episod last2, masa Adam baru balik dari India. Masa tu Raya kot. Adam keluar layan permandangan bendang. Adil datang. Adam cakap "Tuhan tak menduga kita lebih dari apa yang kita mampu tanggung".

Lebih kurang gitu ler maksudnya.......




Nah... layan lagu OST dia plak......

Selamat Menyambut KeMERDEKAan Kali Ke-53

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 1Malaysia Menjana Transformasi.

Tahun ni sambutan nampak macam hambar sikit. Walhal tinggal 2 hari jer lagi. Kenapa yerk? Semua orang sibuk beramal ibadat sempena bulan Ramadhan ni kot. Almaklum peluang beribadat dengan ganjaran yang besar hanya datang sebulan jer dalam setahun. Takkan nak lepaskan peluang ni, kan? Sibuk buat sambutan raya? errr..... tak lah..... amal ibadat lagi sibuk. Dah masuk 10 hari terakhir ni.... Kena lipat gandakan amalan. Mencari malam Lailatul Qadar. InsyaAllah. Huhuhuhu.... ;P

Merdeka & Puasa.... lebih kurang jer. Merdeka bebas dari penjajah, membolehkan kita mencorak sendiri halatuju negara kita bagi menjamin masa depan yang lebih gemilang. Puasa bebas dari belenggu syaitan, membolehkan kita beramal ibadat dan mandapat ganjaran seperti yang dijanjikan.

Camna pun sejarah jangan dilupakan. Belajar dari pengalaman, kita akan matangkan lagi tindakan dan pemikiran kita. Jangan diulangi kesilapan yang lampau. Sayangilah Malaysia tanahair kita. Baik buruk kita yang mencoraknya.

Gambar lama, masa sambutan kemerdekaan kali ke-50 tahun 2007. Aku rasa sambutan tahun tu sambutan MERDEKA yang paling meriah setakat ni. Mungkin psal 50 tahun. Kena tunggu sambutan kali ke 100 baru meriah balik kot.... huhuhuh

26 Ogos 2010

Puasa: Berbuka

Makanan yang jadi juadah berbuka pada 20 Ogos 2010 lepas.......

Popia Basah Mamak Belakang Masjid Setapak.


Sup Lidah Lembu dengan Sup Kambing Mamak Style Belakang Masjid Setapak. Memang best. Lepas makan pun badan sedap lain macam. Rasa nak bertarung jerrr..... huhuhuhu. Lain kali nak try sup lain plak.... target Sup Lidah Kambing & Sup Torpedo!! huhuhuh


Macaroni Goreng sendiri.... khas untuk Wina.


Murtabak Raja. Stok dari Kelantan simpan frozen. Tengok bertapa tebalnyer murtabak ni. Memang puas hati.


Murtabak Raja dah dipotong dan sedang dipanaskan dalam pan. Takder dah murtabak lain yang bole lawan.

23 Ogos 2010

Memori Silam ~ HBP, USM 1995-2000

Belek-belek dalam PC terjumpa gambar-gambar ni...... mana dapat pun tak tau. gambar-gambar kenangan masa study kat HBP, USM Penang. Banyak kenangan. Dalam gambar tu semua dah kawin beranak pinak, kawin kali kedua ada .... yang kaya raya ada, yang kawin ngan orang kaya pun ada. ahaksss...... Alhamdulillah rezeki masing-masing. Pejam celik pejam celik, dah 10 tahun berlalu. Cepat betul....


Pelet kering macam penagih dadah!! Sekarang tengok.......huhuhuh
Kebetulan, kelima-lima dalam gambar ni semua JKR!!

22 Ogos 2010

Puasa

Tiap2 tahun kita hadapi puasa. Tapi hanya sebulan saja. 11 bulan kita tak puasa..... lama tu. Kengkadang apa yang kita buat sepanjang bulan posa kita bole lupa. Jadi rasa elok aku blogkan apa yg aku buat & pikirkan .... mungkin yang makan masa berbuka dalam bulan posa ni sebagai ingatan untuk hadapi posa ditahun2 akan datang.

Selalunya nak dekat2 bulan posa, aku akan makan banyak. Berat badan and perut pun ada rasa up sket. Selalunya masa bulan posa ni ler aku control balik corak pemakanan aku untuk bulan2 akan datang. Aku makan pada portion yang sikit masa berbuka dan sahur. Bila dah terbiasa selama sebulan, jadi pada bulan2 akan datang tu aku makan pun tak banyak. Cuma bila dah dedekat nak posa tahun akan datang tu, mula ler makan banyak balik.... mender akan berulang-ulang saban tahun.

Sahur mmg kalu bole tamau miss.... tapi tiap2 tahun mesti ada miss paling kurang 1 malam. Tahun ni stakat ni Alhamdulillah tak miss lagi. Makan nasi sikit dan selalunya ngan lauk yang tak abis buka posa malam sebelum tu. Kurma sebelum dan selepas makan. Minum air kosong jer. Seingatnya tahun2 lepas aku tunggu subuh masuk utk solat sebelum sambung tidor balik kejap sebelum bangun untuk pegi keje.

Berbuka selalunya ala kadar jer. Buah kurma, nasi, lauk 1-2 jenis jer, kueh sikit & air manis. Selalunya Dora atau Mawar masak sendiri kat umah. Jarang pegi Pasar Ramadhan. Macam tahun ni tak pernah lagi pegi Pasar Ramadhan. Tahun lepas pegi Pasar Ramadhan bersesak-sesak...... dah ler rambang mata geram tengok makanan, tengok aweks2 pun geram gak. Dah tau nak gi tempat awam berpada2 ler memakai tu. Ni nampak lurah sana nampak dendam situ.... isshhhh, ngurangkan pahala posa jer, silap2 negatif plak, huhuhuh .... ops!...... back to the topic. Yang tak best nyer pegi Pasar Ramadhan ni, macam gamble jer. Bila beli, belum tentu puas hati, mahal saja jer. Rasa tah tawar ler, terlebih masin la, cair laaa, tak masak laaa.... basi ler.... memacam. Selalu petunjuk gerai yang ramai orang beratur tu best ler. Tapi bila dah beratur tu paham2 ler kena tahap kesabaran yang tinggi. Psal sebab2 atas tu ler yang malas jer nak gi Pasar Ramadhan.

Berbuka selalunya aku makan kurma 2 biji, minum air kosong, pastu minum air manis skit & makan kueh. Pastu aku mandi. Lepas solat maghrib baru aku makan nasi. Selalunya sempat rileks2 kjap sebelum pegi semayang Isya & Tarawikh kat masjid. Sejak 2 tahun lepas aku bawak Nabil sama ke masjid utk Tarawikh. Berhajat gak bawak Dora sekali. Tapi memacam alasan plak. tahun lepas psal pregnant, tak larat. tahun ni psal nak jaga Baby Nia. hmmmm....... Kalu ada hal & kengkadang terasa malas, aku semayang sendiri kat umah.

Makanan berbuka 21 Ogos 2010 lepas. Karipap Ayam Frozen, Ayam Goreng Lemon, Kerang Rebus, Ikan Bilis Sambal Kicap & Timun Segar..... huhuhu

Datsun 510

Memang dah pesan kat bebudak toys, kalu ada Nissan / Datsun jumpa kat mana2 bagitau. Itu hari WanShah AKA Cowboy75 call bagitau dia kat TRU jumpa Maisto Custom Shop Fifty5's Datsun 510. Sebelum ni aku dah ada Datsun Truck 620. Tanpa segan silu aku suruh dia tolong belikan.... ahaksss... mekasih Ar. WanShah!! Koleksi Maisto Custom Shop Fifty5's yang kedua.

The card


Love the extended wheel arch


The wheel also marvelous with stepped lips.

Looking forward for 370Z Maisto Custom Shop.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...