29 Januari 2010

Rumah Warisan Terengganu

Gambar diambil pada 26 November 2008, hari yang sama aku ambik gambar ukiran kepala katil dan keris tajung. Rumah adalah rumah tradisional Terengganu yang aku difahamkan berusia ratusan tahun. Dibeli, dibawa ke lokasi sekarang, dibaik pulih dan sekarang didiami oleh En. Norhaiza Nordin, salah seorang pengukir sohor di Besut.

Pandangan ke dalam dari pintu gerbang

Nak mintak memaaf awal2 ler.... gambar tak berapa nak ckup. tak sempat nak geledah abis.... almaklum rumah orang. Jadi segan sikit ler nak amik gambar bebanyak sangat....

Dari dalam, kelihatan pintu gerbang

Camna pun memang best ler rumah ni..... unik dan tenang.... rasa macam balik ke zaman silam. Tahniah kepada En. Norhaiza kerana mengekal warisan nenek moyang kita dari terus ditelan zaman.

Pintu masuk ke salah sebuah ruang

27 Januari 2010

Nissan Presage Autech Rider S

Ni lah gambar Presage aku masa memula sampai ke showroom. Secara keseluruhannya ok laa.... cuma perlu sedikit body touch-up dan tayar kena ganti psal nampak dah agak2 botak. Tayar tu nanti aku cadang utk tukar rim 18" terus macam cerita post aku sebelum ni. Psal showroom ni ada hubungan rapat, aku amik kereta ni "as it is". Jadi kos repair, touch up, service etc aku tanggung sendiri.


Ahad baru ni (24 Jan. 2010) aku dah servis enjin keta ni dan dah diagnose guna CONSULT II. Tima kasih ManTC serviskan dan diagnose keta aku. Aku rasa pasni, aku servis ngan ko jer ler. Canggih gak alat CONSULT II tu...errr.... ke aku semenarnya yang gayat... ahaksss...... dengan alat tu selain dia bole tune enjin, dia jugak bole check airbag keta tu pernah letup ker idak, dia bole adjust ketinggian cahaya HID dan banyak lagi lerr..... mmg berbaloi-baloi. Aku abis RM139 utk minyak enjin semi-syn Idemitsu dan oil filter ori Nissan termasuk upah servis & diagnose. setakat yang aku bawak, ada sedikit smooth & idling tak tinggi lagi. Harap FC pun bole improve.



Pasni cadang nak antar kat AhPing Segambut utk touch up body plak. Ingat nak antar arini, tapi AhPing tak bagi psal dia kata w/shop dia penuh. Dia suruh anta lain minggu. Alang-alang nak antar kat AhPing aku cadang nak suruh AhPing spray warna hitam atas bumbung. Saja bagi stylo skit. Tiru Saga BLM special edition.... ahaksss....



Selain tu aku cadang nak pegi kedai aksesori utk masukkan booster radio FM. Almaklum radio ori dari jepun, frekuensinya tak lebih 90mhz. tak banyak pilihan radio yang boleh aku dengar.... Hari2 dengan Muzik FM pun bosan gak..... huhuhu. tukar head unit lain, bukan option, psal sayang ori NISSAN nyer. lagi pun multimedia tuh... iPOD pun bole guna.... cuma aku tak gheti jerr.... psal tulisan jepun. ahakss.....




Inilah rim 17" ori Autech yang akan jadi mangsa kalu rim 18" aku sampai nanti. Aku tak decide lagi apa nak buat dengan rim ni. Nak jual sayang. Mungkin simpan jer kot. Aku dah survey harga tayar 18" baru.... fuh paling murah utk 235/50/18 pun cecah RM500 gak sebijik... .botak ler pasnih.... huhuhuh. Dah ler dengar harga minyak utk keta lebih 2 liter takder subsidi.... lagi haru dibuatnya nanti....... Harap semuanya OK nanti.

Rim 17" Original Autech

Keris Tajung oleh Norhaiza Nordin

Gambar Keris Tajung ini diambil pada 26 November 2008 semasa lawatan aku ke Besut atas jemputan En. Norhaiza Nordin. Hari tu adalah hari keris tu diserahkan oleh En. Norhaiza kepada Datin Waveney yang telah menampah keris tu dari En. Norhaiza agak sekian lama. Dengar ceritanya Datin Waveney telah pun membawa keris tersebut ke kampung halamannya di Isle of Man (sebuah pulau kecil di antara England & Ireland). Bersemadilah satu warisan orang melayu di Eropah. Begitu Mat2 Saleh ni mengkagumi warisan orang melayu, tapi orang melayu wat tak endah jerrr.....

Hulu keris tajung ini diukir oleh En. Norhaiza Nordin

Berbalik pada cerita.......Pada masa tulah aku mula tahu pasal keris tajung ni. Memang kagum. Sebab ukiran pada hulu keris tu sangat halus, detail dan padat hinggakan aku rasa kerja ukiran tu mungkin dibuat menggunakan jarum. Ikut cerita En. Norhaiza, tok guru ukir dia, Arwah Nik Rashideen pernah bagitau, " kaji dan fahamilah keris tajung ni, sebab keris tajung adalah kunci kepada semua rekabentuk dan senibina tamadun orang melayu" (lebih kurang gitu ler maksudnya). Bertapa besarnya peranan keris tajung ni dalam peradaban orang melayu.


Kalau nak dicerita pasal keris tajung ni, tahap-tahap buat thesis kedoktoran dah.... aku pun tau-tau gitu jer, hasil baca dalam internet gak. Kalau nak tahu lebih detail, search jer dalam internet. Yang diceritakan kepada aku dan kefahaman aku yang sangat nipis ni, keris tajung adalah senjata paling tinggi darjatnya semasa Empayar Langkasuka. Keris tajung wujud semasa orang melayu siam masih menganut hindu, disebabkan itu, pengaruh hindu pada bentuk hulu keris ni masih kelihatan. Namun semenjak kedatangan Islam dan Merong Mahawangsa menerima Islam, berlaku evolusi terhadap hulu keris ni dengan dimasukkan ukiran-ukiran yang berbentuk flora padanya.


Semasa kejatuhan Empayar Langkasuka ketangan kaum Sukothai, berlaku ethnic cleansing terhadap orang islam melayu siam dan melenyapkan terus sejarah tamadun yang berpusat di Pattani ni. Sehingga sekarang kekeliruan tentang identiti orang siam dengan orang thai di Thailand masih lagi berlaku. Mujurlah masih ada lagi orang melayu seperti En. Norhaiza Nordin di zaman cyber ni yang menyambung legasi seni pembuatan keris tajung dari terus ditelan zaman.

Aku tulis ni pun ikut sedap aku ajer... kalu ada fakta-fakta atau versi-versi cerita yang lain, bole ler dikongsikan. Masa mencari cerita pasal keris tajung ni, aku sampai ke blog ni http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ yang banyak ceritakan Empayar Siam Islam Negara Kedah yang aku rasa relate ngan cerita keris tajung di Pattani.

20 Januari 2010

Ukiran Kayu Yang Mengagumkan


Melalui projek yang aku terlibat, aku berpeluang untuk mengenali serba sedikit dunia ukiran kayu tradisional di Besut Terengganu dan bekerjasama dengan pengukir sohor En. Norhaiza Nordin. Penglibatan ini juga telah membawa aku untuk melawat rumah kediaman En. Norhaiza Nordin yang sangat unik dan Desa Ukiran Kayu di Kampung Raja, Besut pada 26 November 2008.

Semasa lawatan tersebut, aku merasa kagum dengan hasil kerja tangan yang ada di sana. Selain hasil kerja tangan baru, ada juga kerja-kerja ukiran yang boleh diklasifikasikan sebagai artifak turut disimpan dengan baik.

Gambar diatas adalah hasil kerja ukiran salah seorang tokoh pengukir Allahyarham Y.M Tengku Ibrahim bin Tengku Wook atau lebih dikenali sebagai Ayoh Ku. Ukiran itulah yang paling membuat aku kagum antara artifak2 lain yang ada. Sungguh detail, unik dan "hidup". Ukiran motif bunga teratai pada kepala katil dibiarkan dengan warna dan permukaan semula jadi kayu tanpa diperkemaskan dengan bahan kimia. Daun dan bunga yang diukir penuh teliti sehingga nampak kelayuan, lipatan dan tindanan antara satu dengan lain yang membuatkan ukiran tu hidup (maaf, aku tak tau gak bahasa ukir nih, main hantam jerr).

Menurut En. Norhaiza Nordin, Ayoh Ku ni adalah salah seorang dari guru yang mengajar beliau mengukir. Ayoh Ku sebenarnya lebih menumpukan kerja ukirnya pada hulu keris, ukiran yang lebih halus. Kepala katil ini adalah satu-satunya hasil kerja ukir yang besar dapat disiapkan oleh Ayoh Ku memandangkan ukiran hanya dibuat dimasa lapang. Walaupun begitu, kepala katil ini tidak dapat disiapkan sebagai sebuah katil. Menurut En. Norhaiza lagi, kepala katil ini telah disiapkan oleh Ayoh Ku sebelum tahun 1982 lagi iaitu tahun semasa En. Norhaiza mula menuntut dengan Ayoh Ku. Kepala katil ini berjaya diselamatkan oleh En. Norhaiza dari dijual setelah Ayoh Ku meninggal dunia pada tahun 2000. Dengan terselamatnya kepala katil ini, maka dapatlah hasil kerja ukiran ini dipertontonkan kepada orang ramai dan nama Ayoh Ku tidak hilang begitu sahaja. Al Fatihah buat Ayoh Ku, moga roh mu dicucuri rahmat Yang Maha Esa.

Adakah akan ada pelapis pengukir yang mampu menghasilkan kerja ukiran yang sebegitu indah seperti yang telah dihasilkan ini, atau artifak ini sahaja yang tinggal untuk dipertontonkan sahaja?

19 Januari 2010

Baby Nylea 2nd Day Pictures

Gambar-gambar diambil pada 23 Disember 2009, hari kedua Baby Nylea, di Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak KL. Mama Yoh & Ina datang melawat....sejurus selepas tu Kak Nonie, Wan & Lai pun datang melawat.

Alaaaaa laa la la laaaa...... nangis dier yerk.....


Tenang plak tido


Meraung plak ..... huhuhuh


Muka kesian


Baby Nylea bersama Angah (Kak Nonie)


Kak Nonie, Lai & Wan tengah belek2 Baby Nylea


Kenyit mata.....


Cutenyer dierrr.....


Kaki Baby Nylea

14 Januari 2010

Wina's birthday

Wina dengan cokelat feberet dier - ferero roche

Memperkenalkan my pretty girl, Wina. Tak pernah citer lagi psal dier dlm blog nih..... 8 Disember 2009 baru ni, mcm biasa, celebrate birthday Wina secara ciput-ciputan. Tambah plak Dora masa tu tengah sarat. Jadi macam tak sesuai ler kalu nak buat besar2an.... lagi pun poket tak berapa nak berisi.... huhuhuh.... Jemputan, Baba, Mimi, Abg Nabil & birthday girl Wina..... ahaksss....

Wina tiup lilin sambil Abg. Nabil tengok.

Kek plak beli yang murahnyer...... janji ada gambar barbie atau princess......memang tak best kek tu.... lain kali kena biar beli yang mahal sikit, sekurang2nya boleh ditelan.... ahakss......

Wina potong kek

Walaupun umur baru masuk 6 tahun, tapi Wina masuk darjah 1 tahun 2010. Kecik2 lagi dah masuk darjah 1. harap dier bole follow...... setakat ni ok jerr..... Wina ni bijak sikit tang PR. Dia pandai bercakap, memuji kita (kengkadang macam ada udang di sebalik batu... huhuh) dan memujuk rayu. Kalu ada sesuatu mender yang dia nak, dia akan merayu sampai dapat.... dan senjata akhir dier, meraung..... huhuhuhu. Dan selalunya dia akan menang dalam pujuk rayu dia. Membawa kepada sifat dia yang kedua, seorang yang determine and firm. kalu dier nak sesuatu, dier kena dapatkan jugak. Setakat ni kalu tak dapat dier meraung lerr..... tak tau dah besar esok camna plak reaction dier. Harap dapat membawa kepada kebaikan. InsyaAllah.

Wina dengan Mimi yang tengah sarat

Wina jugak sorang yang artistik. Dia suka melukis & mewarna. Paling dia suka "sand art" kalu jumpa jual kat kedai mana2 mesti dier mintak beli. Pastu kalu dier dapat sticker, gambar2 kartun etc., dia akan tampal kat mana2 dalam rumah.... kat dinding, kat furniture, abis semua kena tampal ngan Wina. kalu takda sticker, dia akan tampal kertas pakai gam. pastu dier lukis atas kertas yang dah tertampal tu..... huhuhuhu.... memacam pretty girl sorang nih......

13 Januari 2010

sport rim untuk Presage aku


Aku beli rim ni kat Yahoo Auction melalui EasyBid Malaysia. Sekang ni tengah tunggu shipping. Diorang cakap ambil masa 45 hingga 60 hari.... lamanyer.......

Tak sabar dah nak sumbat rim ni masuk kat Presage aku.... harap muat....

Kenapa aku beli rim ni....?? nak kata lawa sangat idak ler.... tapi aku mmg minat tul ngan rim yang ada bibir tebal. Di tambah plak rim ni dapat dengan harga yang berpatutan..... lagi murah dari beli rim taiwan baru...... dan yang penting sekali made in Japan!!

specs rim ni:
Rays Victrix Graicy
depan: 18X8jj +35
belakang: 18X9jj +24

nanti kalu rim ni dah sampai dan dah sumbat masuk Presage tu, aku akan updatekan lagi dlm ni.......

kalu nak ikutkan bersepah2 rim diauction kat jepun tu.... kengkadang geram jerrr....... tapi selalunya yang digeramkan tu, harga agak over the budget lah..... ni ada sesikit yang sempat aku savekan dalam hardisk aku.....


Al Fatihah terindah



Bacaan Al Fatihah yang paling indah dan merdu pernah aku dengar. Bacaan oleh Sheikh Fahd Al Kanderi.

12 Januari 2010

my cars

Minat aku, kereta & motorsport atau yang ada bau2 bacang ngan kereta & motorsport.

Entah macam mana, mungkin takdir aku terbeli Nissan Sentra SE 1.5M kira-kira 9 tahun dulu (masa Nabil baru lahir). Dari situ ler aku terjadi fanatik Nissan. Dengan Nissan Sentra ni ler aku join NISMOCLUB (Nissan Motoring Club), kelab kereta Nissan yang sempoi. Ramai dapat kenal kawan dari seluruh pelusuk Malaysia dan macam2 ragam. Dari kelab ni jugak ler, aku belajar selok belok kereta dan perabih masa dan wang ringgit kat kereta aku jadi macam gambar kat bawah ni.

Nissan Sentra N16

Kalu nak tahu sejarah dan cerita lanjut Nissan Sentra N16 ni boleh ler tengok episod 1 dan episod ke-2 nya kat forum NISMOCLUB.

Anak dah masuk 3 orang. Jadi aku terpikir, tiba masanya utk dapatkan kereta yang lebih sesuai untuk family. Sebab dah fanatik Nissan, kena ler carik Nissan gak. Antara pilihan yang ada, Kalu CKD Serena C24 atau Livina .... kalu nak fully imported CBU boleh pilih Elgrand, Serena C25 atau Presage. Lepas pikir2 akhirnya aku pilih Presage. Sebabnya senang jerr..... psal aku suka sesuatu yang unik. Presage kat Malaysia ni mmg jarang2 kelihatan. Lelebih lagi kalu yang facelift version. Dipendekkan citer, bebaru ni Alhamdulillah selepas pelbagai rintangan akhirnya dapat register on the road Presage dalam gambar kat bawah ni. Gambar tu masa dia dok kat Jepun lagi sebelum bertolak ke Malaysia..... huhuhuhu

Nissan Presage U31 - Autech Rider S


11 Januari 2010

keluarga ku

Walaupun keluarga aku sendiri bole consider kecik. Baru 5 orang termasuk Baby Nylea, tapi aku sebenarnya datang dari keluarga yang besar.

Keluarga aku tak termasuk Baby Nylea
(gambar diedit pada tahun 2007)


Keluarga besar aku

Keluarga besar aku memang ramai. 8 adik beradik 4 lelaki dan 4 perempuan. Semua dah kahwin dan semua dah ada anak. Abah dah ada....errr..... 20 lebih cucu.... nanti kena kira balik. Gambar kat atas tu pun tak cukup korum lagi. Emak, Abg zuri, Kak Nora, Abg Khor, Leha & Baby Noh takda dalam gambar..... errr...... ada sesapa lagi hilang tak? Mungkin masa ambik gambar ni diorang tengah sibuk kot.... tu yang tak dapat bergambar bersama. Gambar diambil pada Raya Tahun 2009 di Kubang Kerian, Kelantan.

Nabil - my only son

Nabil Semasa Usia Lebih Kurang 7 Bulan

Nabil. Setakat ni hanya satu-satunya anak laki aku. Lahir pada 7 Januari 2001. Sekarang 2010 dah masuk darjah 3. Cepat betul masa berlalu. Tak tau kenapa, bila aku tengok gambar dia masa baby, aku jadi sebak..... kenapa agaknya yerk? sambil menaip ni pun aku tengah sebak.....

Masa dia kecik, aku selalu layan dia bermain dan aku suka bermain dengan dia.... memang seronok tengok keletah dia. Satu sifat dia tak boleh duduk diam dan selalu nak mencuba perkara2 yang baru. Kengkadang masa tu risau gak aku, risau kalau2 dia hyperactive. Tapi semenarnya mmg sifat budak, suka explore dan curious. Banyak kali juga dia buat aku surprise dan menghiburkan. Antara yang aku ingat, aku surprise dia bole jaringkan bola basket ball mainan yang aku beli untuk dia dari jarak yang agak jauh (bagi baby ler); pastu dier menari ikut lagu Akademi Fantasia (masa tu musim pertama ke kedua?).

Rancangan favourite dier Barney & Friends. Dia suka tengok sambil ikut menyanyi. Bole kata dia hafal lagu-lagu dalam Barney tu bila dah tengok hari2. Pastu plak dia suka tengok Disney Magic English. Dari situ dia dah boleh mengenal huruf dan nombor. Dora pulak mula beli buku untuk Nabil. Rasa dari situlah sifat suka membaca Nabil dipupuk.

Nabil seorang baby boy yang sangat aktif dan happy. Dia suka menyanyi, menari, mewarna, bermain mender yang berbentuk fizikal, tengok video dan menggodek2 mender2 yang ada kat umah tu. how i missed that momment....


Nabil dengan Mummy, tapi akhirnya jadi Mimi... hehehe
(mudanya Mimi masa nih...... geram plak Baba...... huhuhuh)

Gambar masa tu pakai kamera filem. Takda digital lagi. Gambar2 ni discan dari hardcopy.....

Sekarang Nabil dah besar. Cara layanan aku kat Nabil pun berbeza. Sekang aku selalu termarah kat dier. Kesian aku. Entah kenapa, semua yang dia buat, aku jadi hangin. Mungkin aku terlalu menganggap yang dia dah besar. Walhal dia masih budak. Maaf kan Baba kalu Baba termarah lelebih ngan Nabil.... Baba sayang Nabil. Harap Nabil jadi anak yang soleh. Boleh menjadi pembimbing kepada Wina & Nylea nanti. Bagi lah tauladan yang baik pada diorang. Boleh jaga Baba & Mimi bila kitorang dah tua esok. Nabil memang harapan Baba & Mimi. Lakukan yang terbaik........ i have faith in you and i know you can do it!!

10 Januari 2010

welcome Baby Nylea


Memperkenalkan anak ketiga dan terbaru aku..... Nylea!

Alhamdulillah selamat dilahirkan pada 22 Disember 2009 yang lalu. Sekang ni dah nak masuk 3 minggu. Aktiviti harian dia sekang tido, nenen, tido, nenen, berak dan tido balik..... ahaksss..... Buat masa sekang Baby Nylea memang good girl..... nangis pun sesikit jer, ala-ala kadar ajer.

Moga kehadiran Baby Nylea akan menyerikan lagi keluarga aku. Jangan plak join "perang dingin" Nabil & Wina. cukup2 ler ngan diorang dok bergomol & bertekak. Baby Nylea kalu bole cool jer yerk.......ahaksss.... Jadilah seorang yang berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. Insya Allah.

Gambar diambil lebih kurang sejam selepas kelahirannya. Bibir dier bengkak lagi.... ada iras2 Angelina Jolie.... ahaksss...... Tapi sekang dah kembali normal.

Seronok memang seronok dapat baby baru. Tenang jer bila tengok dia tengah tido. Cuma yang kureng sikit psal aku kena berposa.... uish.... lama nyer lagiiiii........... ahakssss

Agak2 lepas ni nak anak lagi tak?.... hmmmm tak tau laaa....... kalu ada rezeki aku berhajat jgak. Cuma Dora ler, sanggup lagi ke idak......

assalamualaikum, salam pengenalan.


Huh.... camna nak start nih.... tak biasa lagi nak blok-blok nih...... nak citer apa pun tak tau lagi..... tujuan sebenar blok ni pun masih samar...... saja sesuka dulu lah.....

Mungkin buat awal2 ni perkenalkan diri laa kot....... mungkin pengenalan awal2 ni tak lengkap, tapi lelama nanti bila dah post bebanyak bole kenal la yerk...... aku jugak mungkin post citer2 lama dan flashback selain citer yang current. tunggu jer ler.......

Errr.... gambar atas tu diambil tahun 2008 oleh member En. Firrdhaus atau lebih dikenali sebagai lensahijau kat Sri Damansara. Mekasih Firrd!!

Gambar tu gambar family aku. bersama bini kesayangan aku, Dora, anak sulung, Nabil dan anak kedua, Wina. takda dalam gambar, baby girl yang baru dapat Disember 2009 baru ni, Baby Nylea.

Ni plak gambar masa raya tahun 2008 kat Kuantan, kampung Dora.

Cukup dulu untuk sementara ni. Nanti ada masa aku citer lagi......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...